|
Tabung Bantuan Perubatan (TBP)
KRITERIA KELAYAKAN
a. |
Warganegara
Malaysia yang mempunyai kad pengenalan Malaysia yang sah. |
b. |
Pesakit miskin / kurang mampu yang disokong oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan atau Jabatan Kebajikan Masyarakat. |
c. |
Pesakit yang dirujuk oleh Hospital Kerajaan |
d. |
Pesakit perlu
dirujuk dari Hospital Kerajaan. |
e. |
Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. |
JENIS-JENIS BANTUAN YANG DIPERTIMBANGKAN
a. |
Membiayai sepenuhnya atau sebahagian kos rawatan perubatan yang kemudahan tersebut tidak terdapat di Hospital Kerajaan; |
b. |
Membiayai sepenuhnya atau sebahagian kos pembelian ubat-ubatan yang tidak dibekalkan oleh Hospital Kerajaan tetapi telah berdaftar dengan Biro Farmasutikal Kebangsaan; dan |
c. |
Membiayai sepenuhnya atau sebahagian kos pembelian peralatan perubatan serta peralatan untuk tujuan rehabilitasi dan meningkatkan kefungsian yang tidak dibekalkan oleh Hospital Kerajaan. |
KONSEP BANTUAN
a. |
Bantuan hanya dipertimbangkan sebelum rawatan dibuat. Permohonan bagi rawatan yang telah dibuat tidak akan dipertimbangkan. |
b. |
Bagi rawatan yang diperolehi di dalam negara sahaja. |
c. |
Rawatan mesti mematuhi garis panduan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Majlis Perubatan Malaysia. |
d. |
Bantuan yang dipertimbangkan adalah bantuan rawatan perubatan sahaja (lain-lain bantuan seperti sara hidup dan pengangkutan tidak dipertimbangkan). |
e. |
Pesakit/ Keluarga pesakit perlu menyumbang wang yang mereka mampu bagi membiayai kos rawatan. |
PESAKIT YANG TIDAK LAYAK
|
Kakitangan kerajaan atau pesara kerajaan atau anggota keluarga kakitangan Kerajaan yang mendapat faedah perubatan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2001, Perlaksanaan Kemudahan Perubatan (JPA). |
JENIS-JENIS BANTUAN YANG TIDAK DIPERTIMBANGKAN
Bantuan bagi tujuan-tujuan seperti di bawah tidak dipertimbangkan:
a. |
Pembayaran ujian-ujian makmal dan diagnostic; |
b. |
Rawatan bagi masalah kemandulan (infertility); |
c. |
Kaedah rawatan yang baru dan belum terbukti keberkesanannya; |
d. |
Rawatan bagi pembedahan plastik untuk tujuan meningkatkan atau mengembalikan kefungsian akan dipertimbangkan tetapi bantuan untuk pembedahan estetik tidak dipertimbangkan; dan |
e. |
Rawatan berterusan yang mana sebahagian dari kos rawatan sedang dibiayai oleh badan-badan lain. |
TEMPOH BAGI RAWATAN BERTERUSAN
|
Sekiranya rawatan yang berterusan diperlukan, maka bantuan akan dipertimbangkan untuk tempoh maksima dua tahun sahaja. Selepas tempoh tersebut, pemohonan boleh dikemukakan semula jika pesakit masih memerlukan rawatan |
KAEDAH PEMBAYARAN
|
Pembayaran bagi bantuan yang telah diluluskan dibayar terusepada pusat rawatan / pembekal peralatan. |
PEMBATALAN PERMOHONAN
Semua permohonan adalah terbatal jika:
a. |
Jika maklumat yang diberikan didapati tidak benar. |
b. |
Pesakit yang mendapat tajaan daripada pihak lain atau rawatan tidak diperlukan lagi. |
JENIS-JENIS PENYAKIT YANG MEMERLUKAN RAWATAN YANG BERTERUSAN YANG BOLEH DIBERI BANTUAN
a. |
Blood Disorders – all blood disorders excluding
i. Thalassemia for relevant age groups
ii. Factor V111 deficiency
iii. Factor 1X deficiency
iv. Von-Willebrands’
v. And others where treatment is available at the Government hospitals.
|
b. |
Bone and joint disorders. |
c. |
Ear and hearing disorders |
d. |
Endocrine disorders |
e. |
Eye disorders
i. Age Related Macular Degeneration
ii. Photo Dynamic Therapy
iii. Glaucoma
iv. Anisometropia
v. Corneal Opacities
|
f. |
Genetic and metabolic disorders
i. Special diets (as adviced by medical specialists)
ii. Medications
iii. Other proven interventions (as adviced by medical specialists)
|
g. |
Heart diseases
i. Congenital
ii. Acquired
|
h. |
Immune disorders |
i. |
Long term care following surgical intervention |
j. |
Neurological and neurodegenerative disorders |
k. |
Orthopaedic conditions requiring surgical interventions |
l. |
Renal disorders |
m. |
Respiratory disorders
i. Chronic respiratory failure requiring home ventilation, home oxygen therapy
ii. Other chronic conditions
|
Nota:
Penyakit yang tidak disenaraikan boleh dipertimbangkan untuk bantuan secara ‘case to case basis’ jika diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal Perubatan.
DOKUMEN SOKONGAN
Permohonan juga perlu disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:
a. |
Salinan kad pengenalan / surat daftar kelahiran (bagi kanak-kanak)
yang jelas dan terang. |
b. |
Laporan doktor yang merawat. Laporan perlu menyatakan tentang penyakit yang dihidapi, rawatan yang diterima, rawatan yang disyorkan, tempat dan anggaran kos rawatan. Laporan tersebut perlu mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan. |
c. |
Laporan sosioekonomi (Borang B) yang disediakan oleh Pegawai Kerja
Sosial Perubatan di Hospital-hospital Kerajaan atau Jabatan Kebajikan
Masyarakat. |
d. |
Salinan penyata gaji dan penyata KWSP terkini (bagi pemohon yang bekerja
/ pernah bekerja). |
PROSEDUR UNTUK MEMOHON
Permohonan juga perlu disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:
Semua permohonan adalah terbatal jika:
|
Pesakit boleh mendapatkan borang permohonan daripada: Urusetia Tabung Bantuan Perubatan (TBP) di alamat seperti berikut:
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Bahagian Kewangan,
Aras 7, Blok E7, Parcel 7,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62518 Putrajaya.
Tel : 03-8883 3888 / 3100 / 3105
Fax : 03-8883 4389 / 8883 / 4364
borang boleh boleh dimuat turun dari web site ini
muat turun borang - Borang A / Borang B
|
|
Borang permohonan ini juga boleh didapati daripada mana-mana Hospital Kerajaan (Unit Kerja Sosial Perubatan / Unit Kebajikan Perubatan) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.. |
|
Pemohon hanya perlu mengisi borang A, manakala borang B akan diisi oleh
Pegawai Kerja Sosial Perubatan daripada Hospital-hospital Kerajaan atau
Jabatan Kebajikan Masyarakat. |
|
Borang yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada Pegawai Kerja
Sosial Perubatan di Hospital-hospital Kerajaan atau terus ke alamat di atas. |
PERTANYAAN
|
Sebarang pertanyaan berkaitan dengan garis panduan ini boleh dikemukakan terus kepada pihak urusetia TBP di alamat di atas ataupun menghubungi Tel: 03-8883 3888/ 3100/ 3105 |
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
|