Bahasa Melayu | English    
         

View Press Release > Food Safety Issues


 
All A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z 
Title Kenyataan Akhbar Ketujuh Status Semasa Pemantauan Pencemaran DI (2-ETHYLHEXYL) PHTHALATE (DEHP) Dan DI-ISONONYL PHTHALATE (DINP) Dalam Makanan Import Dari Taiwan
Description

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR KETUJUH

 

STATUS SEMASA PEMANTAUAN PENCEMARAN di (2-ethylhexyl) phthalate (DEHP) DAN DI-ISONONYL PHTHALATE (DINP) DALAM makanan IMPORT dari TAIWAN  

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini mengenai pemantauan makanan import dari Taiwan yang dicemari oleh DEHP.

 

Pihak Food and Drug Administration (FDA), Taiwan telah memaklumkan kepada Centre for Food Safety (CFS) Hong Kong berkenaan produk makanan keluaran Jin Zhuan Lifesciences Enterprise Co., Ltd., Taiwan yang diimport oleh Cosway (HK) Ltd. telah disyaki tercemar dengan DEHP.

 

KKM telah mengambil maklum bahawa produk yang sama ada diimport oleh Cosway (M) Sdn. Bhd. di Malaysia. Produk-produk tersebut adalah :

 

i)           Oriyen Nutri Grow (boy) Orange Drink Premix, 330g.

Kod : 36135

Pembungkusan: Kotak (15 sachet setiap kotak; 22g setiap sachet)
Tarikh pengilangan: 13 Ogos 2010
Tarikh luput: 13 Ogos 2013

ii)          Oriyen Nutri Grow (girl) Cranberry Drink Premix, 330g.

Kod : 36136

Pembungkusan: Kotak (15 sachet setiap kotak; 22g setiap sachet)
Tarikh pengilangan: 13 Ogos 2010
Tarikh luput: 13 Ogos 2013

Sehubungan dengan itu, KKM telah mengarahkan syarikat Cosway (M) Sdn. Bhd. untuk memanggil balik produk makanan tersebut dengan kadar segera. KKM telah mengambil sampel untuk dianalisa DEHP. Produk dari batch tersebut hanya akan dilepaskan sekiranya hasil analisis mendapati ia tidak tercemar dengan DEHP.

 

Semua pengedar di bawah Cosway (M) Sdn. Bhd. dinasihatkan supaya memberhentikan penjualan produk makanan tersebut dengan serta merta.  Pengguna yang telah membeli produk makanan berkenaan dinasihatkan untuk tidak memakan produk tersebut.

 

Mengenai status pemantauan pencemaran DEHP terkini, sebanyak sembilan (9) lagi produk makanan keluaran Taiwan bagi kategori makanan yang disyaki tercemar telah dianalisis dan disahkan tidak mengandungi DEHP seperti di Lampiran 1. Di samping itu, KKM juga menjalankan pemantauan ke atas produk makanan kategori lain keluaran Taiwan yang diimport ke Malaysia dan disahkan tidak mengandungi DEHP seperti di Lampiran 2.

 

Sehubungan itu, orang ramai tidak perlu khuatir akan keselamatan makanan yang diimport dari Taiwan memandangkan  kawalan  telah dikenakan ke atas makanan terbabit dari negara tersebut.

 

Maklumat lanjut termasuk senarai produk makanan keluaran Taiwan terlibat boleh didapati di laman web http://moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my. Orang ramai juga boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM di talian 03-88833652/ 88833653.

 

DATO’ DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 8 JUN 2011

 

 

LAMPIRAN 1

 PRODUK MAKANAN KELUARAN TAIWAN BAGI KATEGORI YANG DISYAKI* DAN DISAHKAN TIDAK TERCEMAR OLEH DEHP

BIL.

JENIS MAKANAN

JENAMA

1

Apple Juice

UNI-PRESIDENT

2

Guava Juice

UNI-PRESIDENT

3

Grape Juice

UNI-PRESIDENT

4

Carambola Juice

UNI-PRESIDENT

5

Frugurt Assorted Flavors

NEW CHOICE

6

Fibrous Jelly White Peach Flavour

NEW CHOICE

7

Fibrous Jelly Mango Flavor

NEW CHOICE

8

Fibrous Jelly Grape Flavour

NEW CHOICE

9

Squez’n Bites

NEW CHOICE

 8 Jun 2011

 * Nota : Kategori yang disyaki ialah sports drinks, minuman jus, jem,

              jeli, yogurt dan clouding agent

 

 

LAMPIRAN 2

PRODUK MAKANAN KELUARAN TAIWAN BAGI KATEGORI LAIN YANG DISAHKAN TIDAK TERCEMAR OLEH DEHP

BIL.

JENIS MAKANAN

JENAMA

1

Pickled Strip Cucumber

MELOVOCOM

2

Preserved Chili Bean Curd

MASTER

3

Yam Nutritious Cereal

GREENMAX

 8 Jun 2011

 

 

PRODUK KELUARAN TAIWAN EDARAN COSWAY (M) SDN BHD YANG DISYAKI MENGANDUNGI DEHP

Rujuk Lampiran 3

Publish Date 08-06-2011 04:00:00