Bahasa Melayu | English  | Other Languages  
Arial| Verdana| Comic Sans Yellow Background Green Background Blue Background Red Background font_big font_middle font_small marron green blue refesh
Header

Career Path Advancement


Y.A.B Perdana Menteri pada 9 Mac 2010 semasa menyampaikan amanatnya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) kali Ke-11 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah mengumumkan penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia yang mempercepatkan tempoh kenaikan pangkat ke Gred 54 antara 2 hingga 5 tahun. 
Ini selaras dengan usaha kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan tahap perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkesan kepada rakyat.  Usaha murni ini dilaksanakan menerusi penyediaan prasarana kesihatan yang baik dan pembangunan modal insan yang mantap.  Dalam hubungan ini, Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan penambahbaikan laluan kerjaya (career path) pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi di KKM.
 

Penambahbaikan laluan kerjaya

Kerajaan telah mengkaji dan menyediakan pelan laluan kerjaya untuk Pegawai Perubatan secara komprehensif dari gred lantikan hingga ke Gred 54.  Inisiatif ini dilaksanakan bertujuan untuk menambahbaik laluan kerjaya Pegawai Perubatan bagi memberi peluang kepada mereka untuk meningkat hingga ke Gred 54 dalam tempoh yang lebih wajar.  Pelan laluan kerjaya ini turut dipanjangkan kepada Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi.
Pelan laluan kerjaya bagi Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi ini adalah seperti berikut :

 

a) Kenaikan ke Gred 44 :

- Bagi Pegawai Pergigian setelah berada di Gred 41 untuk tempoh 2 tahun, dan bagi Pegawai Farmasi setelah 3 tahun.

 

b) Kenaikan ke Gred 48:

  • Bagi Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian setelah berada di Gred 44 selama 3 tahun, atau tarikh warta pakar  mana yang terdahulu; dan
  • Bagi Pegawai Farmasi setelah berada di Gred 44 selama 4 tahun atau tertakluk kepada kekosongan jawatan mana yang lebih awal.

 

c) Kenaikan ke Gred 52:

  • Bagi Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian Klinikal/Pentadbiran setelah berada di Gred 48 selama 4 tahun atau tertakluk kepada kekosongan jawatan mana yang lebih awal. Manakala Pegawai Perubatan (Pakar) dan Pegawai Pergigian (Pakar) setelah berada 2 tahun di Gred 48 atau tertakluk kepada kekosongan jawatan mana yang lebih awal dan tertakluk kepada perakuan Panel Penilaian Kepakaran, KKM; dan
  • Bagi Pegawai Farmasi setelah berada di Gred 48 selama 4 tahun atau tertakluk kepada kekosongan jawatan mana yang lebih awal.

 

d) Kenaikan ke Gred 54:

  • Bagi Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian Klinikal/Pentadbiran setelah berada di Gred 52 selama 3 tahun atau tertakluk kepada kekosongan jawatan mana yang lebih awal. Bagi Pegawai Perubatan (Pakar) dan Pegawai Pergigian (Pakar) setelah berada 2 tahun di Gred 52 atau tertakluk kepada kekosongan jawatan mana yang lebih awal dan tertakluk kepada perakuan Panel Penilaian Kepakaran, KKM;
  • Bagi Pegawai Farmasi setelah berada di Gred 52 selama 3 tahun atau tertakluk kepada kekosongan jawatan mana yang lebih awal;
  • Bagi Pegawai Perubatan (Pakar) dan Pegawai Pergigian (Pakar), kenaikan pangkat daripada Gred 54 ke Gred Khas C dan ke atas adalah berdasarkan kepada perakuan Panel Penilaian Kepakaran, KKM; dan
  • Bagi Pegawai Perubatan Klinikal/Pentadbiran, Pegawai Pergigian Klinikal/Pentadbiran dan Pegawai Farmasi, kenaikan pangkat dari Gred 54 ke Gred Utama C dan ke atas adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan.

 

Berdasarkan pelan laluan kerjaya yang dinyatakan tersebut, tempoh masa maksimum bagi pegawai yang memenuhi syarat kenaikan pangkat untuk dinaikkan pangkat ke Gred 54 dari tarikh mula berkhidmat seperti berikut :

  1. Pegawai Perubatan (Pakar)                                  :  9 tahun
  2. Pegawai Pergigian (Pakar)                                   :  9 tahun
  3. Pegawai Perubatan (Klinikal/Pentadbiran)              : 12 tahun
  4. Pegawai Pergigian (Klinikal/Pentadbiran)               : 12 tahun
  5. Pegawai Farmasi                                                 : 14 tahun

 

 Ringkasan penambahbaikan laluan kerjaya adalah di Lampiran A

 

PENUTUP

Melalui penambahbaikan laluan kerjaya ini, Kerajaan percaya Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi di KKM akan dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.


Sebarang pertanyaan lanjut mengenai penambahbaikan laluan kerjaya ini, boleh berhubung terus dengan Unit Kenaikan Pangkat (Pengurusan & Professional), Bahagian Sumber Manusia, di talian berikut :-

 
 

 i)  En Idris bin Yakob 03-8883 2708
   idris@moh.gov.my  
     
ii)

Pn. Mazlina binti Munawar

03-8883 2709
  mazlina.munawar@moh.gov.my  
     
iii)

En. Mohamad Shahril Rizal bin Mohd Ishar

03-8883 3716
  shahrilrizal@moh.gov.my
 
     
iv) Pn. Khairun Nahri Binti Mohd Radzi 03-8883 2732
  khairunnahri@moh.gov.my  
     
v)

Pn. Noorasiah binti Juhari

03-8883 2817
  asiahjuhari@moh.gov.my  
     
   
     
     
   
   

 


Last Updated 2014-06-25 15:49:27 by Administrator

  •  
  • Email this page