MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Situasi Terkini Pemantauan Makanan Dari Negara Jepun
Penerangan

JATA.gif


MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR KEEMPAT

SITUASI TERKINI PEMANTAUAN MAKANAN DARI NEGARA JEPUN

 



1.    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa KKM sentiasa memantau dengan rapi situasi di Jepun selepas letupan logi nuklear akibat gempa bumi dan tsunami yang berlaku pada 11 Mac 2011. KKM telah mengambil tindakan kawalan awal bagi memastikan makanan yang diimport dari Jepun adalah selamat untuk dimakan.

2.    Bermula dari 16 Mac 2011, KKM telah mengenakan Tahap Pemeriksaan 5 iaitu Tahan, Uji dan Lepas di bawah Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) ke atas semua makanan yang diimport dari Jepun. Walau bagaimanapun, mulai 15 April 2011, KKM telah mengenakan keperluan Sijil Radioaktiviti untuk semua produk makanan yang diimport dari Japan.

3.    Sehingga kini, 229 sampel makanan yang diimport dari Jepun telah dianalisa dan semuanya didapati mematuhi standard Codex.


4.    KKM telah mengkaji semula tindakan kawalan yang diambil sebelum ini berdasarkan hasil pemantauan sedia ada. Berkuatkuasa 27 April 2011, KKM akan mengenakan keperluan di mana semua produk yang diimport dari Jepun perlu mempunyai dokumen pengisytiharan oleh Competent Authority Jepun untuk mengesahkan perkara berikut:

i.    Makanan dituai dan/atau diproses sebelum 11 Mac 2011; atau

ii.    Makanan berasal dari kawasan (prefecture) selain dari Fukushima, Gunma, Ibaraki, Tochigi, Miyagi, Yamagata, Niigata, Kanagawa, Saitama, Tokyo dan Chiba; atau

iii.    Makanan yang berasal dari kawasan (prefecture) dari Fukushima, Gunma, Ibaraki, Tochigi, Miyagi, Yamagata, Niigata, Kanagawa, Saitama, Tokyo dan Chiba telah disampel dan dianalisis untuk bahan radioaktif Iodine-131, Cesium-134 dan Cesium-137, dan didapati mematuhi standard Codex seperti dalam Sijil Analisis yang dikemukakan.

5.    Kerajaan Jepun bertanggungjawab ke atas keselamatan makanan yang dieksport ke Malaysia. KKM tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan makanan dan akan terus memantau makanan yang diimport dari Jepun. KKM ingin memberi jaminan bahawa semua produk makanan yang diimport dari Jepun adalah selamat untuk dimakan. Pengguna atau orang ramai tidak perlu khuatir dengan keselamatan makanan yang diimport dari Jepun.


DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
27 April 2011

Ditambah pada 08-05-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran