MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Situasi Semasa Influenza A (H5N1)
Penerangan
 JATA.gif

 


Kementerian  Kesihatan Malaysia,
Aras 12, Blok E7, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya

Tel       :603-8883 2545
Faks    :603-8889 5542

 

 

 

 

 

 

 

 

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

SITUASI SEMASA INFLUENZA A (H5N1)

 

Penyakit influenza A (H5N1) adalah penyakit zoonotik yang merebak daripada unggas kepada manusia. Setakat ini, tiada jangkitan antara manusia ke manusia dilaporkan. Untuk tahun 2011 (sehingga 26 Ogos 2011),  Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan terdapat 49 kes (25 kematian) di kalangan manusia di empat (4) buah Negara seperti berikut: Mesir 32 kes (12 kematian), Cambodia 8 kes (8), Indonesia 7 kes (5) dan Bangladesh 2 kes (0).

 

Kementerian Kesihatan Malaysia sememangnya telah bersedia menghadapi sebarang kejadian pandemik influenza melalui National Influenza Pandemic Preparedness Plan (NIPPP) sejak dari tahun 2006 lagi. Melalui pemantauan ke atas pesakit influenza yang melibatkan sejumlah 507 fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta seluruh negara,  dimaklumkan bahawa tiada kejadian luar biasa influenza A dilaporkan. Sehingga kini tiada kejadian kes Influenza A (H5N1) di kalangan manusia dikesan di Malaysia.

 

Pada masa yang sama, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPVM) melalui pemantauan di seluruh negara mengesahkan tiada sampel yang positif Influenza A (H5N1) di kalangan unggas sejak tahun 2007.

 

Sebagai langkah pencengahan dan kawalan influenza, kami menasihat semua orang awam supaya:

a)  Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau sanitizer, terutamanya selepas batuk dan bersin.
   
b) Mengamalkan adab batuk yang baik iaitu dengan menggunakan tisu atau sapu tangan. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan jangan berkongsi sapu tangan.
   
c) Mendapatkan rawatan di klinik yang berhampiran dengan segera apabila mendapat gejala influenza-like illness (ILI), terutamanya bagi mereka yang terlibat dengan pengendalian unggas (poultry).
   
d) Melaporkan sebarang kejadian kluster ILI kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dan kejadian kematian unggas yang luar biasa kepada Pejabat Veterinar yang terdekat.
   
e) Meningkatkan daya ketahanan badan melalui amalan gaya hidup sihat seperti pemakanan yang sihat, senaman dan rehat yang mencukupi.
   
 f) Bagi penternak dan pengusaha ladang unggas hendaklah sentiasa  patuh kepada nasihat dan panduan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

 

Sekian, terima kasih.

 

DATO’ DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

5 September  2011 

Ditambah pada 05-09-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran