MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Laporan Media Mengenai Kematian Wanita Disebabkan Influenza A (H1N1) Di Negeri Sembilan
Penerangan
 JATA.gif

Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 12, Blok E7, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya
Tel :603-88832545
Faks :603-88895542
E-mail :hasar@moh.gov.my

 

 

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

LAPORAN MEDIA MENGENAI KEMATIAN WANITA DISEBABKAN INFLUENZA A (H1N1) DI NEGERI SEMBILAN

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memberikan maklumat lanjut mengenai kejadian kematian disebabkan H1N1 yang dilaporkan melalui media masa pada 22 dan 23 Ogos 2012 mengenai seorang wanita berumur 27 tahun dari Negeri Sembilan.

 

Hasil siasatan yang dijalankan mendapati pada 28 Julai 2012, kes ini  telah mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Kemalangan Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan. Kes telah mengalami demam, sakit tekak, batuk, sakit dada dan kesukaran bernafas selama 4 hari sebelum mendapatkan rawatan. Kes dimasukkan ke wad perubatan pada hari yang sama dan telah diberi rawatan antibiotik.  Diagnosia kes pada masa tersebut adalah radang paru-paru atau terminologi saintifiknya Community Acquired Pneumonia with Right Parapneumonic Effusion.

 

Pada 31 Julai 2012, beliau telah disaring untuk H1N1 dan keputusan ujian makmal palitan tekak kes H1N1 disahkan positif untuk influenza A (H1N1). Beliau telah menerima rawatan antiviral di ICU tetapi keadaan pesakit tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif dan meninggal dunia pada jam 3:40 petang, 9 Ogos 2012.

Mortality Review oleh Pakar-Pakar Perubatan (Kesihatan Awam) di KKM mendapati punca kematian kes ini disebabkan oleh radang paru-paru dengan jangkitan bakteria yang teruk. Jangkitan A(H1N1) bukan penyebab langsung kepada kematian beliau. Beliau juga mempunyai masalah obesiti yang merupakan faktor co-morbid yang mungkin menyumbang kepada keterukan jangkitan yang dialaminya.

 

KKM ingin memaklumkan bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan influenza A (H1N1) adalah sebahagian daripada influenza bermusim (seasonal flu) dan risiko morbidity adalah sama dengan influenza bermusim yang lain. KKM juga ingin mengingatkan orang ramai untuk sentiasa mengamalkan langkah-langkah mudah pencegahan penularan jangkitan influenza seperti mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air atau sanitiser serta mengamalkan adab batuk yang baik dan mengamalkan cara hidup sihat.

 

Individu yang mempunyai gejala influenza-like illness (ILI) adalah dinasihatkan untuk berehat di rumah dan tidak pergi ke tempat tumpuan ramai. Bagi individu yang terdiri daripada golongan berisiko tinggi seperti warga tua dan wanita hamil  serta mempunyai  gejala ILI perlu segera mendapatkan rawatan di klinik yang berdekatan.  

 

Untuk makluman, jumlah kumulatif kematian disahkan influenza A (H1N1) yang dilaporkan sejak 15 Mei 2009 adalah sebanyak 109 kes.

 

Sekian dan terima kasih.

 

DATO’ SRI DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

23 Ogos  2012 

Ditambah pada 23-08-2012 04:00:00

Lampiran-lampiran

  • {{field_96_337}}