MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Situasi Semasa Influenza A(H1N1) - 2 MAC 2011
Penerangan

JATA.gif 

KENYATAAN AKHBAR

YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

 

SITUASI SEMASA INFLUENZA A(H1N1)

2 MAC 2011

 

Merujuk kepada laporan media pada 2 Mac 2011 berhubung kejadian kes kematian seorang pelajar di Kajang, saya ingin menjelaskan bahawa kes merupakan seorang pelajar berumur 16 tahun yang telah dibawa ke sebuah hospital swasta pada 22 Februari 2011 setelah mengalami pengsan (syncope) selepas berjoging. Dimaklumkan juga bahawa beliau mengalami gejala muntah, sakit kepala dan batuk selama seminggu tetapi tiada demam. Pesakit kemudiannya telah dirujuk ke Institut Perubatan Respiratori, Kuala Lumpur dan seterusnya ke Hospital Kuala Lumpur dan meninggal dunia pada 24 Februari 2011. Sebab kematian seperti dinyatakan oleh pakar perubatan yang merawat ialah severe ARDS with presumed myocarditis with septicemic shock secondary to viral pneumonia. Ujian pengesahan virus melalui PCR pada 25 Februari 2011 mendapati kes positif H1N1.

 

Selepas menerima maklumbalas daripada orang ramai pada 28 Februari 2011, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat pada 1 Mac 2011 telah menjalankan siasatan di sekolah beliau dan mendapati 15 daripada 42 murid (35.7%)  rakan sekelas si mati hanya mengalami gejala batuk atau selsema sahaja (tanpa demam). Selain daripada itu, 8 guru telah disaring dan tiada yang mengalami gejala influenza-like illness (ILI).  Sebanyak 5 swab tekak bagi PCR telah diambil pada 1 Mac 2011 dan keputusannya adalah negatif.  Langkah-langkah kawalan telah diambil seperti memberi pendidikan kesihatan kepada pelajar-pelajar dan guru di sekolah tentang kepentingan membasuh tangan dan etika batuk. Sementara pelajar dan kakitangan yang mempunyai gejala ILI dinasihatkan tidak datang ke sekolah dan mendapatkan rawatan dari fasiliti kesihatan. Selanjutnya, pada 2 Mac 2011, Pengetua Sekolah telah memaklumkan bahawa seramai dua orang guru cuti sakit kerana demam/batuk/selesema dan 149 daripada 1,600 orang pelajar sesi pagi telah tidak hadir ke sekolah. Memandangkan  kadar ketidakhadiran yang tinggi, pihak sekolah telah membuat keputusan untuk menutup sekolah tersebut.

 

Saya ingin terus mengingatkan orang awam bahawa seperti mana lain-lain virus influenza bermusim yang lain, virus H1N1 merebak melalui cecair (droplet) batuk atau bersin mereka yang dijangkiti. Orang awam boleh dijangkiti jika menyentuh objek atau permukaan yang dicemari virus H1N1 ini dan seterusnya menyentuh hidung atau mulut mereka.  Justeru, walaupun dunia kini berada di dalam fasa post-pandemic H1N1, masyarakat diminta untuk sentiasa mengamalkan langkah-langkah mudah pencegahan penularan jangkitan influenza yang  telah dihebahkan sebelum ini seperti mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air atau sanitiser serta mengamalkan adab batuk yang baik dan mengamalkan cara hidup sihat.

 

Saya juga ingin menyeru supaya individu yang mempunyai gejala ILI perlu mengambil tanggungjawab sosial dan  tidak pergi ke tempat tumpuan ramai. Individu yang bergejala ILI terutamanya mereka yang terdiri daripada golongan berisiko tinggi perlu segera mendapatkan rawatan di klinik yang berdekatan. Selain itu, individu yang lebih berisiko mendapat jangkitan dan komplikasi akibat influenza (seperti kanak-kanak, warga tua dan mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik)  adalah digalakkan supaya mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim yang turut mengandungi antigen H1N1 yang kini berada di pasaran.

 

Oleh kerana kejadian-kejadian kluster sering berlaku di kalangan murid-murid sekolah, saya juga ingin mengingatkan kepada semua guru besar dan pengetua agar mematuhi garispanduan pengurusan H1N1 di sekolah-sekolah seperti yang telah diedarkan sebelum ini. Pelajar atau kakitangan yang dijangkiti atau menunjukkan gejala ILI hendaklah dihantar pulang dan dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan  yang berhampiran serta dilaporkan ke pejabat kesihatan yang berdekatan. Saringan pelajar bagi mengesan mereka yang menunjukkan gejala ILI hendaklah dilakukan di sekolah yang mengalami kejadian kluster atau ketidakhadiran ke sekolah yang tinggi. Penutupan sekolah hanyalah langkah terakhir sekiranya masalah jangkitan telah menjejaskan keseluruhan fungsi sekolah. Pengasingan sosial (social distancing) oleh murid atau guru yang menunjukkan gejala dengan tidak menghadirkan diri ke sekolah adalah efektif bagi mengekang penularan jangkitan ini.

 

 

Pemantauan berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati bahawa tren penularan jangkitan H1N1 di Malaysia adalah seperti mana lain-lain virus influenza bermusim yang sedia ada di dalam komuniti seperti mana juga dilaporkan oleh pelbagai negara di rantau ini. Tren ini menyaksikan keterukan (severity) jangkitan, komplikasi  dan kes kematian dikesan lebih tinggi di kalangan mereka yang berisiko tinggi (seperti kanak-kanak, warga tua dan mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik).

 

Untuk makluman, dari 1 Januari sehingga 2 Mac  2011, jumlah kes H1N1 yang disahkan ialah 679 dengan 3 kematian.  Pada 2 Mac 2011, seramai   279 pesakit ILI sedang menerima rawatan di hospital, dan daripada jumlah tersebut 31 pesakit (11.1%) disahkan positif influenza A(H1N1). Jumlah pesakit yang masih dirawat di ICU pula adalah seramai 2 orang dan kedua-duanya mempunyai faktor risiko. Sementara itu,    jumlah kluster ILI yang dilaporkan pada tahun 2011 sehingga tarikh tersebut  ialah 81 kluster di mana 56 daripadanya (69.1%) adalah positif H1N1. Jumlah pesakit yang disahkan dan dirawat di hospital tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara.

 

 

 

Sekian dan terima kasih.

 

YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI

Menteri Kesihatan Malaysia

 

Tarikh: 3 Mac 2011

 

Ditambah pada 02-03-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran

  • {{field_96_337}}