MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Kenyataan Akhbar Kesembilan Status Semasa Pemantauan Pencemaran DI (2-ETHYLHEXYL) PHTHALATE (DEHP) Dan DI-ISONONYL PHTHALATE (DINP) Dalam Makanan Import Dari Taiwan
Penerangan

image

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR KESEMBILAN

 

STATUS SEMASA PEMANTAUAN PENCEMARAN di (2-ethylhexyl) phthalate (DEHP) DAN DI-ISONONYL PHTHALATE (DINP) DALAM makanan IMPORT dari TAIWAN  

 

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini mengenai pemantauan makanan import dari Taiwan yang dicemari oleh DEHP.

 

Berhubung dengan produk mee segera keluaran Korea iaitu jenama Shin Ramyun (Ramyun sama erti dengan Ramen iaitu mee dalam bahasa Jepun) yang disyaki mengandungi DEHP, KKM telah menjalankan analisis ke atas produk tersebut dan disahkan tidak mengandungi DEHP. Walau bagaimanapun, KKM juga akan menjalankan analisis ke atas produk dengan jenama yang sama tetapi dikilangkan di China.

 

Setakat ini jumlah produk makanan yang telah didapati tercemar dengan DEHP adalah sebanyak 15 produk makanan dari 6 pengilang di Taiwan.  

 

Sehingga 14 Jun 2011, sebanyak tujuh (7) lagi produk makanan keluaran Taiwan bagi kategori makanan yang disyaki tercemar telah dianalisis dan disahkan tidak mengandungi DEHP seperti di Lampiran 1. Ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 44 produk makanan keluaran Taiwan bagi kategori makanan yang disyaki tercemar seperti sports drink, minuman jus, jem, jeli, dan yogurt telah dianalisa dan didapati kesemuanya tidak mengandungi DEHP.

 

Manakala sehingga 14 Jun 2011, sebanyak enam (6) produk makanan keluaran Taiwan dari kategori lain yang telah dianalisis dan disahkan tidak mengandungi DEHP seperti di Lampiran 2. Ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 13 produk makanan keluaran Taiwan bagi kategori lain seperti konfeksi tepung (biskut, kek, dan lain-lain), pasta, mee dan milk tea telah dianalisis dan didapati kesemuanya tidak mengandungi DEHP.

 

KKM memberi jaminan kepada orang ramai bahawa makanan yang diimport ke negara ini sentiasa dipantau dan dipastikan keselamatannya selaras dengan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak pengimport untuk memastikan makanan yang dibawa masuk oleh mereka adalah selamat dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.  

 

Pegawai berkuasa dari KKM di semua pintu masuk negara bertanggungjawab dalam meneliti dan memeriksa konsaimen makanan yang diimport. Aktiviti ini dibantu oleh Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) dalam menentukan tahap pemeriksaan produk makanan yang diimport.

 

Tahap pemeriksaan enam (6) (Penolakan Automatik/Auto Rejection) telah dikenakan ke atas makanan dari Taiwan yang telah disahkan tercemar dengan DEHP. Manakala tahap pemeriksaan empat (4) pula telah dikenakan ke atas produk makanan keluaran Taiwan yang disyaki, di mana pemeriksaan dan pensampelan wajib dilakukan. Konsaimen produk makanan tersebut akan dilepaskan setelah pensampelan dijalankan untuk pemantauan. Justeru itu, orang ramai tidak perlu khuatir akan keselamatan makanan yang diimport dari Taiwan memandangkan  kawalan  telah dikenakan ke atas makanan terbabit dari negara tersebut.

 

Maklumat lanjut termasuk senarai produk makanan keluaran Taiwan terlibat boleh didapati di laman web http://www.moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my. Orang ramai juga boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM di talian 03-88833652/ 88833653.

 

Y.B. DATO’ SRI LIOW TIONG LAI

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

 14 JUN 2011

 

LAMPIRAN 1

 

PRODUK MAKANAN KELUARAN TAIWAN BAGI KATEGORI YANG DISYAKI* DAN DISAHKAN TIDAK TERCEMAR OLEH DEHP

 

BIL

JENIS MAKANAN

JENAMA

1

Corn Syrup

(Diimport oleh Loob Holding Sdn Bhd)

Tiada

2

Blueberry Jelly

[Diimport oleh: Yes Natural Trading (M) Sdn Bhd]

Tiada

3

Glucose Syrup

[Diimport oleh: Yes Natural Trading (M) Sdn Bhd]

Tiada

4

Oriyen Bio N-Zymes

ORIYEN (COSWAY)

5

Oriyen Tummi Trimm

ORIYEN (COSWAY)

6

Oriyen Unical

ORIYEN (COSWAY)

7

Oriyen Essence of Golden Clan

ORIYEN (COSWAY)

 

14 Jun 2011

 

* Nota : Kategori yang disyaki ialah sports drinks, minuman jus, jem,  jeli, yogurt dan clouding agent

 

LAMPIRAN 2

PRODUK MAKANAN KELUARAN TAIWAN BAGI KATEGORI LAIN YANG DISAHKAN TIDAK TERCEMAR OLEH DEHP

 

BIL

JENIS MAKANAN

JENAMA

1

Long Life Noodle

LONG LIFE

2

Mini Rice Cake

HAO HAN

3

Japanese Mo Chi

HAO HAN

4

Potato Chip

FAMILY

5

Brown Rice Puff

[Diimport oleh: Yes Natural Trading (M) Sdn Bhd]

Tiada

6

Keropok Beras (Fuji)

NESTCO

 

 

 

Senarai Produk Makanan Yang Telah Dianalisa Dan Didapati Tidak Tercemar Dengan Di (2-ETHYLHEXYL) PHTHALATE (DEHP) (Dikemaskini Sehingga 14.6.2011)

 

1.Produk Makanan Keluaran Taiwan Bagi Kategori Yang Disyaki* Dan Disahkan Tidak Tercemar Oleh DEHP
 

BIL. JENIS MAKANAN
JENAMAN
1 Passion Fruit Drink  
CHATIME
2 Cranberry Juice Cocktail 
OCEAN SPRAY
3 Cranberry Refreshers
OCEAN SPRAY
4 Mango Flavour Coconut Jelly
e.BEN
5 Fruitgurt Yogurt Style
NEW CHOICE
6 Manggo Agar Pudding   
7 Seaweed De Vinegar Drink 
U. MAY
8 Plum Active Vinegar Drink  
9 Peach Health Vinegar Drink  
10 Grape Vinegar Drink
e. Ben
11 Plum Extract Jelly  
12 Sliced Cheese  FIRST CHOICE
13 Assorted Fruit Flavour Jelly    
 e.Ben
14 Ruby Red Grapefruit DrinK           
OCEAN SPRAY
15 Orange Vinegar Drink  
16 Premium White Milk Tea Drink MINE SHINE
17 Finest Quality Milk Tea Drink
MINE SHINE 
18 Tomato Drink
RED GOLD BANK
19 Grape Seeds Drink
AGV
20

Multigrain activate tea

AGV
21 Vegetable & fruit drink
AGV
22 Apple Juice
UNI-PRESIDENT
23 Guava Juice
UNI-PRESIDENT
24 Grape Juice
UNI-PRESIDENT
25 Carambola Juice
UNI-PRESIDENT
26 Frugurt Assorted Flavors
NEW CHOICE
27 Fibrous Jelly White Peach Flavour
NEW CHOICE
28 Fibrous Jelly Mango Flavour
NEW CHOICE
29 Fibrous Jelly Grape Flavour
NEW CHOICE
30 Squez’n Bites
NEW CHOICE
31

Jelly Powder

(Diimport oleh: COCON FOOD INDUSTRIES SDN. BHD.)
N/A
32

Coconut Ice

(Diimport oleh: HO CHUAN TRADING)
N/A
33

Frozen Coffee

(Diimport oleh: HO CHUAN TRADING)
N/A
34

Honey Alovera

(Diimport oleh: HO CHUAN TRADING)
N/A
35

Mango,Kumquat,Peace juice

(Diimport oleh: HO CHUAN TRADING)
N/A
36

Agar-Agar

(Diimport oleh: HO CHUAN TRADING)
N/A
37 Oriyen Nutri Grow (girl) Cranberry Drink Premix
ORIYEN
38.

Corn Syrup

(Diimport oleh Loob Holding Sdn Bhd)
N/A
39

Blueberry Jelly

[Diimport oleh: Yes Natural Trading (M) Sdn Bhd]
N/A
40

Glucose Syrup

[Diimport oleh: Yes Natural Trading (M) Sdn Bhd]
N/A
41 Oriyen Bio N-Zymes ORIYEN (COSWAY)
42 Oriyen Tummi Trimm ORIYEN (COSWAY)
43 Oriyen Unical ORIYEN (COSWAY)
44 Oriyen Essence of Golden Clan ORIYEN (COSWAY)

Nota: Kategori yang disyaki ialah sports drinks, minuman jus, jem, jeli, yogurt dan clouding agent (sejenis aditif makanan)

 

2.Produk Makanan Keluaran Taiwan Bagi Kategori Lain Yang Disahkan Tidak Tercemar Oleh DEHP

BIL

JENIS

JENAMA

1

Spinach Noodles

WU-MU

2

Tomoshiraga Somen (Noodle)

WU-MU

3

Oats Biscuits

I MEI

4

Sweet Bean Sauce

MASTER

5

Pickled Strip Cucumber

MELOVOCOM

6

Preserved Chili Bean Curd

MASTER

7

Yam Nutritious Cereal

GREENMAX

8 Long Life Noodle LONG LIFE
9 Mini Rice Cake HAO HAN
10 Japanese Mo Chi HAO HAN
11 Potato Chip FAMILY
12

Brown Rice Puff

[Diimport oleh: Yes Natural Trading (M) Sdn Bhd]
N/A
13 Keropok Beras (Fuji) NESTCO
Ditambah pada 13-06-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran