MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Isu Khinzir Mati Yang Digunakan Untuk Menghasilkan Makanan
Penerangan

image

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

 

ISU KHINZIR MATI YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN MAKANAN

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu laporan media oleh NTV 7 yang disiarkan di dalam Edisi Siasat Mandarin pada 12 Mei 2011 berkaitan isu khinzir yang telah mati untuk menghasilkan makanan yang terproses seperti daging salai (bak kua), sosej daging (lap cheong), dim sum dan pau.

 

Susulan daripada itu, KKM sedang menjalankan pemeriksaan ke atas premis pemprosesan hasilan daging khinzir serta mengenalpasti punca bekalan daging khinzir sebagai bahan mentah yang didapati mempunyai tanda-tanda kerosakan.

 

 

KKM telah membuat pensampelan hasilan daging khinzir seperti daging salai (bak kua) dan sosej (lap cheong)  di pasaran untuk analisis nitrat dan nitrit serta bahan pewarna. Nitrat dan nitrit adalah sejenis bahan pengawet yang digunakan di dalam produk daging kilangan (manufactured meat) bagi merencatkan pertumbuhan bakteria di samping untuk menyerlahkan warna makanan.

 

Nitrat sekiranya dimakan akan ditukarkan kepada nitrit di dalam badan dan ia akan bergabung dengan sel darah merah (methemoglobin). Sekiranya paras methemoglobin ini tinggi, ianya akan menyebabkan keupayaan darah untuk membekalkan gas oksigen kepada organ-organ di dalam badan berkurangan. Kesan dari kekurangan kandungan oksigen dalam badan, seseorang itu akan cepat merasa letih dan penat, sukar untuk bernafas, pening dan sakit kepala, berdebar-debar dan kelihatan pucat.

 

Apabila makanan dikenakan suhu tinggi atau keadaan asid yang tinggi di dalam perut, amine yang terhasil dari protein daging akan bertindakbalas dengan nitrit untuk membentuk nitrosamine yang boleh menyebabkan kanser.

 

Keputusan analisis menunjukkan daripada 80 sampel hasilan daging khinzir yang diambil untuk analisis nitrat dan nitrit serta bahan pewarna, 3 sampel didapati melanggar standard yang ditetapkan kerana mengandungi kandungan nitrit melebihi had yang dibenarkan. Di bawah Peraturan 147, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 daging kilangan tidak boleh mengandungi bahan pengawet nitrat dan nitrit dalam kadar melebihi 200 mg/kg jumlah nitrat dan nitrit dihitung bersama sebagai nitrit. KKM sedang mengambil tindakan mahkamah ke atas pengeluar tersebut.

 

Dalam hal ini, Seksyen 13B, Akta Makanan 1983 melarang penyediaan atau penjualan apa-apa makanan yang diadukkan dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

 

KKM menggalakkan premis pemprosesan hasilan daging khinzir supaya mendapat pengiktirafan Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M) sebagai penyelesaian untuk menangani isu ini dalam jangka masa panjang. Secara tidak langsung, ini dapat membantu pengguna untuk membuat pilihan yang bijak semasa membeli produk hasilan daging khinzir.

 

Pengguna juga boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri yang berdekatan atau melayari laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM iaitu http://fsq.moh.gov.my atau email fsq-division@moh.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

 

DATO’ SRI LIOW TIONG LAI

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

 

14 Jun 2011

 

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI JENAMA DAGING BABI KERING YANG MENGANDUNGI JUMLAH NITRIT BERLEBIHAN

 

BIL. NAMA PRODUK JENAMA/NAMA DAN ALAMAT PENJUAL
1. Dried Pork Meat Cap Ayam
2. Dried Pork Meat

Kedai Daging Salaid

d/a: WJ Food Sdn Bhd

No. 332E, Jalan Perak 11600 Pulau Pinang

3. Dried Chilly Pork

Kedai Daging Salaid

d/a: WJ Food Sdn Bhd

No. 332E, Jalan Perak 11600 Pulau Pinang

 

Ditambah pada 13-06-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran