MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Kenyataan Akhbar Kelima Belas Status Semasa Pemantauan Pencemaran DI (2-ETHYLHEXYL) PHTHALATE (DEHP) Dan DI-ISONONYL PHTHALATE (DINP) Dalam Makanan Import Dari Taiwan
Penerangan

image

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR KELIMA BELAS

 

 

STATUS TERKINI PEMANTAUAN PENCEMARAN DI (2-ETHYLHEXYL) PHTHALATE (DEHP) DAN DI-ISONONYL PHTHALATE (DINP) DALAM MAKANAN IMPORT DARI TAIWAN  

 

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini mengenai pemantauan makanan import dari Taiwan yang dicemari oleh DEHP.

 

Hasil pemantauan KKM ke atas produk makanan Taiwan yang disyaki terbabit dengan pencemaran DEHP, terdapat lima (5) lagi produk makanan dari Taiwan telah disahkan tercemar. Produk-produk tersebut adalah seperti berikut,

 

a)   Orange Juice Powder, Pineapple Juice Powder, Grape Juice Powder dan Melon Juice Powder keluaran Kakawa Enterprise Co. Ltd., Taiwan yang diimport secara pukal oleh Enzyme-Tech Manufacture Sdn. Bhd., Malaysia.

 

b)   Pineapple Concentrated Juice keluaran Taiwan yang diimport oleh EACH A CUP Sdn. Bhd., Malaysia secara pukal yang mempunyai tarikh luput pada 27.04.2012 dan diedarkan ke kedai / kiosk EACH-A-CUP di seluruh Semenanjung Malaysia.

 

 

Sehubungan itu, KKM telah mengarahkan syarikat-syarikat terbabit untuk memanggil balik produk makanan tersebut dengan serta-merta. Manakala semua penjual produk tersebut dinasihatkan memberhentikan penjualan produk berkenaan.

 

KKM ingin menegaskan supaya semua pihak yang terlibat dalam industri makanan untuk meningkatkan kawalan keselamatan makanan dan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan produk makanan yang dijual di negara ini adalah selamat. Pada masa yang sama, KKM akan terus memantau makanan yang diimport dari Taiwan.

 

Maklumat lanjut termasuk senarai produk makanan keluaran Taiwan terlibat boleh didapati di laman web http://www.moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my. Orang ramai juga boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM di talian 03-88833652/ 88833653.

 

 

Y.B. DATO’ SRI LIOW TIONG LAI

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

 

4 JULAI 2011

 

Ditambah pada 03-07-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran