MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Kenyataan Akhbar Isu Pencemaran E. coli Di Tasik Kenyir
Penerangan

 JATA.gif

 

 

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

Isu Pencemaran E. coli Di Tasik Kenyir

 

Pada 8 Disember 2010 yang lepas, terdapat beberapa akhbar tempatan melaporkan bahawa air di Tasik Kenyir tercemar oleh E. coli pada tahap membimbangkan berikutan pembuangan sisa kumbahan dan air buangan oleh pengusaha rumah bot. Laporan akhbar memetik kajian dilakukan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mendapati berlaku peningkatan bakteria E. coli dalam air di tasik yang boleh menjejaskan sumber dan hidupan air di situ.

Perkara ini telah diambil perhatian oleh Kementerian Kesihatan dimana, sepasukan anggota kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Terengganu, telah pergi ke kawasan yang dimaksudkan untuk membuat siasatan, tinjauan serta mengambil sampel air untuk tujuan verifikasi isu-isu yang dibangkitkan.

Sejumlah 9 sampel air mentah (raw water) daripada kawasan tasik telah diambil pada 12 Disember 2010, yang meliputi tujuh (7) houseboat dan dua (2) pusat peranginan. Kesemua sampel ini telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Terengganu bagi analisis bakteria. Keputusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia pada 16 Disember 2010 mendapati tahap pencemaran E. coli ialah di antara 2 hingga 920 MPN/100ml. Paras tersebut adalah jauh di bawah tahap maksimum kesesuaian sebagai sumber air mentah berdasarkan garispanduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 5,000 mpn/100 ml.  Ini bermakna, paras kuman E. coli air mentah di Tasik Kenyir adalah sebenarnya berada dalam julat yang biasa sebagai air mentah. Seperti juga mana-mana air mentah, ia perlu dirawat atau dimasak sebelum boleh digunakan sebagai air minuman.

Penemuan bakteria E. coli adalah satu kelaziman di dalam air permukaan seperti tasik dan sungai. Ini adalah kerana bakteria berkenaan tersebar luas dan mendiami usus manusia serta juga mamalia dan burung. Sebab itu, ia digunakan sebagai indikator biologikal pencemaran air. Bakteria E. coli merupakan satu kelompok bakteria yang besar dengan lebih daripada 700 serotaip telah dikenalpasti. Sebahagian besarnya tidak merbahaya dan tidak menyebabkan sebarang penyakit kepada manusia. Penemuan E. coli di dalam air sama ada air mentah atau air terawat telah digunakan sebagai indikator pencemaran air iaitu menandakan bahawa air tersebut telah tercemar dengan najis manusia atau haiwan.

Adalah menjadi tanggungjawab pihak penguasa tempat-tempat peranginan berkenaan bagi mengadakan sistem rawatan kumbahan untuk mengelakkan pencemaran air mentah, termasuk bekalan air dirawat untuk kegunaan orang awam. Di samping itu, orang ramai yang melakukan aktiviti rekreasi juga dinasihatkan supaya tidak meminum terus dari sumber air mentah seperti air sungai dan tasik walau kelihatan jelas jernih atau bersih. Ini kerana kerana tahap pencemaran tidak dapat ditentukan dengan hanya melalui penglihatan mata kasar. Air mentah tersebut perlu dimasak atau dirawat sebelum diminum. Hargailah Kesihatan Anda.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

 

17 Disember 2010

Ditambah pada 19-12-2010 04:00:00