MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Status Terkini Siasatan Kejadian Wabak Meliodosis Dan Leptospirosis Di Kalangan Petugas Mencari Dan Menyelamat Kejadian Lemas Di Pusat Rekreasi Lubuk Yu, Maran, Pahang
Penerangan
 JATA.gif Kementerian  Kesihatan Malaysia,
Aras 12, Blok E7, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya

Tel    :603-88832545
Faks    :603-88895542
E-mail  :ismailmerican@moh.gov.my




 

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

STATUS TERKINI SIASATAN KEJADIAN WABAK  MELIODOSIS DAN LEPTOSPIROSIS DI KALANGAN PETUGAS MENCARI DAN  MENYELAMAT KEJADIAN LEMAS DI PUSAT REKREASI LUBUK YU, MARAN, PAHANG

 

Kami  ingin merujuk kepada kenyataan akhbar YB Menteri Kesihatan berkaitan dengan wabak penyakit Meliodosis  dan Leptospirosis di kalangan penyelamat mangsa lemas di Pusat Rekreasi Lubuk Yu di daerah Maran, Pahang pada 26 Jun 2010.

 

Sehingga hari ini, 12 Julai 2010, tiada kes baru dilaporkan. Seramai 104 anggota  penyelamat yang terdiri daripada penyelamat awam dan sukarelawan telah dikenalpasti dan jumlah bersimptom masih kekal 13 orang. Seperti yang dimaklumkan, daripada 13 kes, enam (6) berlaku kematian dan tujuh (7) sedang dirawat, termasuk satu (1) yang dirawat di rumah. Ujian makmal yang diterima hari ini memaklumkan bahawa;

a)   Empat (4) kes kematian yang berlaku di hospital, tiga (3) disahkan disebabkan oleh meliodosis, sementara seorang lagi mempunyai jangkitan kedua-dua meliodosis dan leptospirosis. Dua (2) kematian yang lain berlaku di rumah dan tiada ujian dapat dijalankan.

b)   Enam (6) kes yang sedang dirawat di hospital, dua (2) didapati menghidap jangkitan meliodosis dan leptospirosis, dan seorang hanya menghidap meliodosis. Keputusan ujian untuk dua (2) kes yang sedang dirawat di Hospital Jengka dan sebuah hospital swasta di Kuantan masih belum diketahui.

 

Kementerian ingin menasihatkan orang awam supaya tidak panik kerana jangkitan ini tidak boleh tersebar di dalam komuniti dari seorang ke seorang.

 

Sekian dan terima kasih.

 

 

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

 

Tarikh: 12 Julai 2010 

Ditambah pada 12-07-2010 04:00:00

Lampiran-lampiran

  • {{field_96_337}}