MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Pencapaian Tindakan Penguatkuasaan Dan Perundangan Di Bawah Undang-Undang Kesihatan Awam Bagi Bulan Julai 2011
Penerangan

 

 

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

  

PENCAPAIAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KESIHATAN AWAM BAGI BULAN JULAI, 2011.

  ________________________________________________________

 

Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan penduduk Malaysia, dan ini termasuklah mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam untuk kepentingan kesihatan awam.

 

Bagi bulan Julai, 2011 kami ingin memaklumkan hasil dan tindakan penguatkuasaan kesihatan awam.

 

  1. Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 bagi tujuan kawalan wabak denggi, sejumlah 1,003 kompaun yang bernilai RM348,010.00  telah dikeluarkan  dengan purata RM347.00 tiap kompaun. Sejumlah 180 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah, dan  dalam masa yang sama 45 kes telah diselesaikan oleh mahkamah dimana sejumlah RM24,930.00 denda dikenakan, iaitu purata dengan RM554.00 tiap denda. Manakala bagi tempoh Januari sehingga Julai tahun 2011 keseluruhan kompaun yang dikeluarkan adalah sejumlah 8,557 yang bernilai RM3,602,340.00. Sejumlah 1,073 kes telah didaftarkan  untuk  tindakan  mahkamah  dan dalam masa yang  sama  667 kes telah diselesaikan oleh mahkamah di mana sejumlah RM140,910.00 denda telah dikenakan.


  2. Melalui penguatkuasaan kawalan hasil tembakau (PPKHT 2004) daripada 5,663 lawatan pemeriksaan, sejumlah 1,280 kompaun bernilai RM 299,655.00 dikeluarkan dengan nilai purata RM234.11 tiap kompaun. Manakala  bagi tempoh Januari sehingga Julai tahun 2011, daripada 41,806 lawatan pemeriksaan, sejumlah 8,016 kompaun telah dikeluarkan bernilai RM1,774,060.00.  

 

Adalah dimaklumkan bahawa tindakan penguatkuasaan adalah pilihan terakhir yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Orang ramai, serta  semua pihak adalah diminta untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan  perlaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum.  

 

 Sekian dan terima kasih.

 

 

DATO’ DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

16 Ogos 2011

Ditambah pada 16-08-2011 04:00:00