Tajuk Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia - Makluman Latihan Simulasi Kebangsaan “Avian Flu Simulation Exercise 2011”
Penerangan

 

image

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA DAN KETUA PENGARAH JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR MALAYSIA

 

MAKLUMAN LATIHAN SIMULASI KEBANGSAAN

 

“AVIAN FLU SIMULATION EXERCISE 2011”

 

Kementerian Kesihatan Malaysia bersama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan  mengadakan Latihan Simulasi Kebangsaan 2011 yang berkaitan dengan wabak Avian Influenza (AI) di Muar, Johor pada 21 September 2011.

 

Latihan simulasi ini merupakan salah satu langkah kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang kejadian wabak AI dalam negara. Tujuan utama latihan simulasi ini ialah untuk menguji kesiapsiagaan, kesefahaman garis panduan, serta pengendalian komunikasi risiko agensi-agensi berkaitan dalam menghadapi keadaan wabak AI.

 

Aktiviti bersama ini juga menggambarkan kerjasama erat  kedua-dua agensi kerajaan terbabit dalam menangani ancaman krisis kesihatan awam selaras dengan konsep One Health yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) serta Pertubuhan Makanan Sedunia (FAO). Hasil penilaian latihan simulasi ini akan digunakan bagi mempertingkatkan kecekapan pengurusan krisis agensi-agensi berkaitan bagi memastikan kesihatan awam dan kepentingan negara terpelihara.

 

Sekian, terima kasih.

 

DATO’ DR. HASAN BIN

ABDUL RAHMAN

  

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

 

 

14 September 2011

 

 

DATUK DR. ABD. AZIZ

BIN JAMALUDDIN

 

Ketua Pengarah Jabatan  Perkhidmatan Veterinar

 

 

 

DATO’ DR. HASAN BIN

ABDUL RAHMAN

  

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

 

 

14 September 2011

 

 

DATUK DR. ABD. AZIZ

BIN JAMALUDDIN

 

Ketua Pengarah Jabatan  Perkhidmatan Veterinar

 

Ditambah pada 14-09-2011 04:00:00