MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Pencapaian Tindakan Penguatkuasaan Dan Perundangan Di Bawah Undang-Undang Kesihatan Awam Bagi Bulan Ogos 2011
Penerangan

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

  

PENCAPAIAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KESIHATAN AWAM BAGI BULAN OGOS, 2011.

  ________________________________________________________

 

Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan penduduk Malaysia, dan ini termasuklah mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam untuk kepentingan kesihatan awam.

 

Bagi bulan Ogos, 2011 kami ingin memaklumkan hasil dan tindakan penguatkuasaan kesihatan awam.

 

1).     Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 bagi tujuan kawalan wabak denggi, sejumlah 776 kompaun yang bernilai     RM 361,100.00  telah dikeluarkan  dengan purata RM465.34 tiap kompaun. Sejumlah 139 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah,  dan  dalam masa yang sama 44 kes  telah diselesaikan oleh mahkamah dimana sejumlah RM18,554.00 denda dikenakan, iaitu purata dengan RM421.68 tiap denda.   Manakala  bagi  tempoh  Januari  sehingga Ogos tahun  2011   keseluruhan  kompaun  yang dikeluarkan adalah sejumlah 9,333 yang bernilai RM3,963,440.00. Sejumlah 1,212 kes telah didaftarkan  untuk  tindakan  mahkamah  dan dalam masa yang  sama  794  kes  telah diselesaikan  oleh  mahkamah di mana sejumlah  RM159,464.00  denda  telah dikenakan.

 

2).     Melalui penguatkuasaan kawalan hasil tembakau (PPKHT 2004) daripada 2,421 lawatan pemeriksaan, sejumlah 747 kompaun bernilai RM 207,905.00 dikeluarkan dengan nilai purata RM278.32 tiap kompaun. Manakala  bagi  tempoh  Januari  sehingga Ogos tahun 2011, daripada 44,227   lawatan pemeriksaan, sejumlah 8,763 kompaun  telah dikeluarkan  bernilai   RM1,981,965.00.  

 

Adalah dimaklumkan bahawa tindakan penguatkuasaan adalah pilihan terakhir yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Orang ramai, serta  semua pihak adalah diminta untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan  perlaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum.  

 

 Sekian dan terima kasih.

 

 

DATO’ DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

     September  2011

Ditambah pada 21-09-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran