MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan - Pencapaian Tindakan Penguatkuasaan Dan Perundangan Di Bawah Undang-Undang Kesihatan Awam Bagi Bulan Oktober, 2011
Penerangan

 KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA


  PENCAPAIAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KESIHATAN AWAM BAGI BULAN OKTOBER, 2011

  ________________________________________________________

 

Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan penduduk Malaysia, dan ini termasuklah mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam demi kepentingan kesihatan awam.

 

Bagi bulan Oktober, 2011 kami ingin memaklumkan hasil dan tindakan penguatkuasaan kesihatan awam.

 

1).     Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 bagi tujuan kawalan wabak denggi, sejumlah 1233 kompaun yang bernilai     RM 554,649.00  telah dikeluarkan  dengan purata RM 449.83 tiap kompaun. Sejumlah 179 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah,  dan  dalam masa yang sama sebanyak 31 kes  telah disabitkan kesalahan dimana sejumlah RM 8,400.00  denda dikenakan, iaitu purata dengan RM 270.96 tiap denda.   Manakala  bagi  tempoh  Januari  sehingga Oktober  tahun  2011   keseluruhan  kompaun  yang dikeluarkan adalah sejumlah 11,589 yang bernilai RM 5,053,079.00. Sejumlah 1,593 kes telah didaftarkan  untuk  tindakan  mahkamah  dan dalam masa yang  sama  441  kes  telah disabitkan kesalahan oleh  mahkamah di mana sejumlah  RM 189,614.00  denda  telah dikenakan.

 

2).     Melalui penguatkuasaan kawalan hasil tembakau (PPKHT 2004)  daripada 4,888 lawatan pemeriksaan, sejumlah 1,193 kompaun bernilai RM 266,210.00 dikeluarkan dengan nilai purata RM223.14 tiap kompaun. Manakala  bagi  tempoh  Januari  sehingga Oktober  tahun 2011, daripada  53,196   lawatan pemeriksaan, sejumlah 10,850 kompaun  telah dikeluarkan  bernilai   RM2,470,705.00.  

 

Adalah dimaklumkan bahawa tindakan penguatkuasaan adalah pilihan terakhir yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Orang ramai, serta  semua pihak adalah diminta untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan  perlaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum.  

 

Sekian dan terima kasih.

 

 

DATO’ SRI DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

21 November  2011

Ditambah pada 23-11-2011 04:00:00