MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan - Vitamin A Di Dalam Susu Tepung Tumbesaran KR1M
Penerangan

 

JATA.gif 

 

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR

 

VITAMIN A DI DALAM SUSU TEPUNG TUMBESARAN KR1M

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum berita yang disiarkan melalui akhbar-akhbar berikut, antaranya:

  • The Star pada 25 November 2011 bertajuk “Pua stands by KR1M milk powder claim
  • The Star pada 26 November 2011 bertajuk “Liow : Pua hitting out at ministry to hide his mistake”
  • China Press, Nanyang Siang Pau dan Sin Chew Daily pada 26 November 2011 mengenai perkara yang sama.

 

KKM mengamalkan dasar terbuka iaitu sentiasa bersedia untuk mengadakan perjumpaan dengan mana-mana pihak bagi membincangkan sebarang isu. Dalam hal ini, KKM telah bersetuju untuk mengadakan perjumpaan dengan pihak yang membangkitkan isu produk makanan  yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) pada 29 November 2011 di Putrajaya. Walau bagaimanapun, sesi perjumpaan tersebut terpaksa ditunda kerana kekangan masa. KKM ingin mengesahkan bahawa perjumpaan tersebut akan diadakan pada 2 Disember 2011 di Putrajaya.

 

KKM tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum ini berhubung dakwaan pihak tertentu mengenai saranan pengambilan maksimum sehari Susu Tepung Tumbesaran KR1M mengandungi kandungan Vitamin A sehingga melebihi 15000 I.U kerana KKM ingin menjelaskannya di dalam perjumpaan bersama pihak berkenaan.

 

Memandangkan perjumpaan tersebut telah ditangguhkan, KKM ingin menjelaskan bahawa dakwaan pihak tertentu di mana saranan pengambilan maksimum sehari Susu Tepung Tumbesaran KR1M mengandungi kandungan Vitamin A sehingga melebihi 15000 I.U adalah tidak benar.

 

KKM mendapati bahawa pihak berkenaan terkeliru dengan  maklumat pada label produk tersebut mengenai berat bagi setiap sudu (scoop) di mana pihak berkenaan mentafsir berat bagi setiap sudu adalah 30g. Berdasarkan verifikasi yang dijalankan oleh KKM, berat 1 sudu (scoop) Susu Tepung Tumbesaran KR1M sebenarnya bersamaan dengan 7.5g.  Ini bermakna 4 sudu (scoop) susu tersebut adalah bersamaan dengan 30.0g.  Maka pengambilan maksimum sebanyak 4 kali sehari adalah bersamaan 120g susu tersebut.

 

Keputusan analisis menunjukkan bahawa kandungan Vitamin A dalam produk Susu Tepung Tumbesaran KR1M adalah 3240 I.U. bagi 100g. Berdasarkan keputusan tersebut, kandungan Vitamin A dalam susu tersebut adalah didapati mematuhi Daftar III, Jadual Kedua Belas Peraturan-Peraturan Makanan 1985 iaitu 5000 I.U sehari.

 

Justeru, pengguna tidak perlu merasa ragu-ragu untuk menggunakan produk tersebut. KKM akan terus memantau produk-produk makanan yang dijual di KR1M bagi memastikan ia mematuhi perundangan makanan di negara ini.

 

 

DATO’ SRI DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN

Ketua Pengarah Kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia

 

1 Disember 2011

Ditambah pada 30-11-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran