MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Situasi Semasa Influenza A (H5N1)
Penerangan
  JATA.gif
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 12, Blok E7, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya

Tel : 603-8883 2545
Faks : 603-8889 5542

 

 


KENYATAAN AKHBAR

 
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

SITUASI SEMASA INFLUENZA A (H5N1)

 

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang memantau perkembangan situasi terkini kejadian H5N1 di kalangan unggas (poultry) di Hong Kong seperti yang dilaporkan oleh pihak media. Penyakit influenza A (H5N1) adalah penyakit influenza haiwan yang berlaku di kalangan unggas. Jangkitan dari unggas kepada manusia hanya boleh berlaku jika bersentuhan dengan unggas yang dijangkiti dengan H5N1. Jangkitan H5N1 di Hong Kong hanya berlaku di kalangan unggas. Setakat ini, tiada jangkitan antara manusia kepada manusia. Pada tahun 2011 tiada jangkitan H5N1 di kalangan manusia dilaporkan di Hong Kong. Pihak berkuasa Hong Kong telahpun menjalankan kawalan perebakan wabak ini.

 

Untuk tahun 2011 (sehingga 15 Disember 2011),  Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan terdapat 57 kes (30 kematian) di kalangan manusia di empat (4) buah Negara seperti berikut: Mesir 36 kes (13 kematian), Cambodia 8 kes (8), Indonesia 11 kes (9) dan Bangladesh 2 kes (0).

 

KKM sememangnya telah bersedia menghadapi sebarang kejadian pandemik influenza melalui National Influenza Pandemic Preparedness Plan (NIPPP) sejak dari tahun 2006 lagi. Sehingga kini tiada kejadian kes Influenza A (H5N1) di kalangan manusia dikesan di Malaysia.

 

Pada masa yang sama, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPVM) melalui pemantauan di seluruh negara mengesahkan tiada sampel yang positif Influenza A (H5N1) di kalangan unggas sejak tahun 2007. Untuk tahun 2011, JPVM telah menjalankan 1,600 ujian H5N1 terhadap sampel unggas dan kesemuanya adalah negatif.

 

Risiko dijangkiti H5N1 adalah rendah namun sebagai langkah pencengahan dan kawalan influenza, kami menasihat semua orang awam supaya:

     
  a)  Mengelakkan mengunjungi pasar yang menjual unggas hidup (live poultry market) bila mengunjungi negara-negara yang terlibat dengan jangkitan H5N1.
     
  b) Orang ramai dinasihatkan supaya tidak memegang unggas yang didapati mati tanpa alat perlindungan diri dan hendaklah melaporkan kejadian kematian unggas yang luar biasa ke Pejabat Veterinar yang terdekat.
     
  c)  Bagi penternak dan pengusaha ladang unggas hendaklah sentiasa  patuh kepada nasihat dan panduan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
     
  d)

Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau sanitizer, terutamanya selepas batuk dan bersin.

     
  e) Mendapatkan rawatan di klinik yang berhampiran dengan segera apabila mendapat gejala influenza-like illness (ILI), terutamanya bagi mereka yang terlibat dengan pengendalian unggas (poultry).
     
  f) Melaporkan sebarang kejadian kluster ILI kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.

 

Orang ramai tidak perlu risau dengan wabak H5N1 yang hanya berlaku di kalangan unggas di Hong Kong.  Tiada jangkitan di kalangan manusia yang berlaku dan pihak berkuasa Hong Kong sudah mengambil langkah kawalan.

 

KKM akan terus memantau situasi ini, termasuk maklumat daripada WHO. Buat masa ini tiada larangan lawatan dikeluarkan oleh pihak WHO.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

DATO’ SRI DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

 

22 Disember 2011 


Ditambah pada 21-12-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran