MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Pencapaian Tindakan Penguatkuasaan Dan Perundangan Di Bawah Undang-Undang Kesihatan Awam Bagi Bulan November 2011
Penerangan

JATA.gif

 

KENYATAAN AKHBAR 

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 

  

PENCAPAIAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KESIHATAN AWAM BAGI BULAN NOVEMBER, 2011

  ________________________________________________________

 

Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan penduduk Malaysia, dan ini termasuklah mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam demi kepentingan kesihatan awam.

         

Bagi bulan November, 2011 kami ingin memaklumkan hasil dan tindakan penguatkuasaan kesihatan awam.

 

  1. Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi tujuan kawalan wabak denggi, sejumlah 1,182 kompaun yang bernilai     RM 539,750.00 telah dikeluarkan  dengan purata RM 456.64 tiap kompaun.  Sejumlah 211 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah,  dan  dalam masa yang sama sebanyak 57 kes  telah disabitkan kesalahan dimana sejumlah RM 23,300.00 denda dikenakan, iaitu purata RM 408.77 tiap denda. Manakala  bagi  tempoh  Januari  sehingga  November  tahun  2011   keseluruhan  kompaun yang dikeluarkan adalah sejumlah 12,271 yang bernilai RM 5,592,829.00.  Sejumlah 1,804 kes telah didaftarkan  untuk  tindakan  mahkamah  dan dalam masa yang  sama  498  kes  telah disabitkan kesalahan oleh  mahkamah di mana sejumlah  RM 212,914.00  denda  telah dikenakan.

  2. Melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004,  daripada 3,869 lawatan pemeriksaan sejumlah 2,547 notis kesalahan dikeluarkan dan dalam masa yang sama 1,359 kesalahan telah dikompaun sebanyak RM 289,790.00 dengan nilai purata RM213.24 tiap kompaun. Manakala  bagi  tempoh  Januari  sehingga November  tahun 2011, daripada 57,065   lawatan pemeriksaan, sejumlah 22,547 notis kesalahan dikeluarkan dan dalam masa yang sama sebanyak 12,209 kesalahan telah dikompaun dengan nilai   RM2,760,495.00.  

 

Adalah dimaklumkan bahawa tindakan penguatkuasaan adalah pilihan terakhir yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Orang ramai serta  semua pihak adalah diminta untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan  perlaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum.  

 

Sekian dan terima kasih.

 

 

DATO’ SRI DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

21  Disember  2011

Ditambah pada 22-12-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran