MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Pencapaian Tindakan Penguatkuasaan Dan Perundangan Di Bawah Undang-Undang Kesihatan Awam Bagi Bulan April 2012
Penerangan

  

KENYATAAN AKHBAR 

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

  

PENCAPAIAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KESIHATAN AWAM BAGI BULAN APRIL 2012

  ________________________________________________________

 

Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan penduduk Malaysia, dan ini termasuklah mengambil tindakan penguatkuasaan dan perundangan di bawah undang-undang kesihatan demi kepentingan kesihatan awam.

         

Bagi bulan April 2012, berikut dimaklumkan hasil dan tindakan penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam.

 

1.      Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi tujuan pencegahan dan kawalan wabak denggi, sejumlah 2,053 kompaun bernilai RM 970,650.00  telah dikeluarkan  dengan purata RM 472.79 tiap kompaun.  Sejumlah 67 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah dan  dalam masa yang sama sebanyak 74 kes  telah disabitkan kesalahan dan sejumlah RM 21,300.00 denda dikenakan, iaitu purata RM 287.83 tiap denda.   Manakala  bagi  tempoh  Januari  sehingga  April  tahun ini, jumlah keseluruhan  kompaun  yang dikeluarkan adalah sebanyak 6,733 dengan nilai RM 3,083,600.00.  Sejumlah 575 kes telah didaftarkan  untuk  tindakan  mahkamah  dan dalam masa yang  sama  304  kes  telah disabitkan kesalahan dimana sejumlah  RM 95,550.00  denda  telah dikenakan.

 

2.      Melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004,  daripada 6,361 lawatan pemeriksaan sejumlah 2,902 notis kesalahan dikeluarkan dan dalam masa yang sama 1,684 kesalahan telah dikompaun sebanyak RM 350,525.00 dengan nilai purata RM208.15  tiap kompaun.  Bagi  tempoh  Januari  sehingga April tahun ini, sejumlah 11,774 notis kesalahan dikeluarkan dan dalam masa yang sama sebanyak 5,678 kesalahan telah dikompaun dengan nilai   RM 1,249,900.00.  

 

Adalah dimaklumkan, tindakan penguatkuasaan merupakan pilihan terakhir yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Orang ramai serta  semua pihak adalah diminta untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan  perlaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum.  

 

Sekian dan terima kasih.

 

 

DATO’ SRI DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

17  Mei 2012

Ditambah pada 17-05-2012 04:00:00

Lampiran-lampiran