Tajuk Pencapaian Tindakan Penguatkuasaan Dan Perundangan Di Bawah Undang-Undang Kesihatan Awam Bagi Bulan Mei 2012
Penerangan

 

 

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

  

PENCAPAIAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KESIHATAN AWAM BAGI BULAN MEI 2012

  ________________________________________________________

 

Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan penduduk Malaysia, dan ini termasuklah mengambil tindakan penguatkuasaan dan perundangan di bawah undang-undang kesihatan demi kepentingan kesihatan awam.

 

Bagi bulan Mei 2012, berikut dimaklumkan hasil dan tindakan penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam.

 

1.      Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi tujuan pencegahan dan kawalan wabak denggi, sejumlah 1,970 kompaun bernilai RM 857,800.00  telah dikeluarkan  dengan purata RM 435.43 tiap kompaun.  Sejumlah 185 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah dan  dalam masa yang sama sebanyak 71 kes  telah disabitkan kesalahan dan sejumlah RM 24,780.00 denda dikenakan, iaitu purata RM 349.01 tiap denda.   Manakala  bagi  tempoh  Januari  sehingga  Mei  tahun ini, jumlah keseluruhan  kompaun  yang dikeluarkan adalah sebanyak 8,703 dengan nilai RM 3,803,565.00.  Sejumlah 760 kes telah didaftarkan  untuk  tindakan  mahkamah  dan dalam masa yang  sama  375  kes  telah disabitkan kesalahan dimana sejumlah  RM 120,330.00  denda  telah dikenakan.

 

2.      Melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004,  daripada 6,264 lawatan pemeriksaan sejumlah 2,624 notis kesalahan dikeluarkan dan dalam masa yang sama 1,745 kesalahan telah dikompaun sebanyak RM 357,750.00 dengan nilai purata RM205.01  tiap kompaun.  Bagi  tempoh  Januari  sehingga Meil tahun ini, sejumlah 14,398 notis kesalahan dikeluarkan dan dalam masa yang sama sebanyak 7,423 kesalahan telah dikompaun dengan nilai   RM 1,607,650.00.  

 

Adalah dimaklumkan, tindakan penguatkuasaan merupakan pilihan terakhir yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Orang ramai serta  semua pihak adalah diminta untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan  perlaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum.  

 

Sekian dan terima kasih.

 

DATO’ SRI DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

 19  Jun 2012

Ditambah pada 20-06-2012 04:00:00