MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Pencapaian Tindakan Penguatkuasaan Dan Perundangan Di Bawah Undang-Undang Kesihatan Awam Bagi Bulan Jun 2012
Penerangan

  KENYATAAN AKHBAR

 

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 

  

PENCAPAIAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KESIHATAN AWAM BAGI BULAN JUN 2012

  ________________________________________________________

 

Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan penduduk Malaysia, dan ini termasuklah mengambil tindakan penguatkuasaan dan perundangan di bawah undang-undang kesihatan demi kepentingan kesihatan awam.

         

Bagi bulan Jun 2012, berikut dimaklumkan hasil dan tindakan penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam.

 

1.      Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi tujuan pencegahan dan kawalan wabak denggi, sejumlah 1,475 kompaun bernilai RM 704,150.00 telah dikeluarkan  dengan purata RM 477.39 tiap kompaun.  Sejumlah 190 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah dan  dalam masa yang sama sebanyak 45 kes  telah disabitkan kesalahan dengan sejumlah RM 15,150.00 denda dikenakan, iaitu purata RM 336.67 tiap denda.   Manakala  bagi  tempoh  Januari  sehingga  Jun  tahun ini, jumlah keseluruhan  kompaun  yang dikeluarkan adalah sebanyak 10,178 dengan nilai RM 4,507,715.00.  Sejumlah 869 kes telah didaftarkan  untuk  tindakan  mahkamah  dan dalam masa yang  sama  420  kes  telah disabitkan kesalahan dimana sejumlah  RM 135,480.00  denda  telah dikenakan.

 

2.      Melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004,  daripada 6,505 lawatan pemeriksaan sejumlah 3,065 notis kesalahan dikeluarkan dan dalam masa yang sama 1,391 kesalahan telah dikompaun sebanyak RM 287,098.00 dengan nilai purata RM206.40  tiap kompaun.  Bagi  tempoh  Januari  sehingga Jun tahun ini, sejumlah 17,752 notis kesalahan dikeluarkan dan dalam masa yang sama sebanyak 8,982 kesalahan telah dikompaun dengan nilai   RM 1,940,498.00.  

 

Adalah dimaklumkan, tindakan penguatkuasaan merupakan pilihan terakhir yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Orang ramai serta  semua pihak adalah diminta untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan  perlaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum.  

 

Sekian dan terima kasih.

 

 

DATO’ SRI DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

25 Julai 2012

Ditambah pada 30-07-2012 04:00:00

Lampiran-lampiran