MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Pencapaian Tindakan Penguatkuasaan Dan Perundangan Di Bawah Undang-Undang Kesihatan Awam Bagi Bulan Julai 2012
Penerangan

 

 KENYATAAN AKHBAR

 

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 

  

PENCAPAIAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KESIHATAN AWAM BAGI BULAN JULAI 2012

  ________________________________________________________

 

Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan penduduk Malaysia, dan ini termasuklah mengambil tindakan penguatkuasaan dan perundangan di bawah undang-undang kesihatan demi kepentingan kesihatan awam.

         

Bagi bulan Julai 2012, berikut dimaklumkan hasil dan tindakan penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam.

 

1. Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi tujuan pencegahan dan kawalan wabak denggi, sejumlah 1,401 kompaun bernilai RM 659,100.00 telah dikeluarkan  dengan purata RM 470.44 tiap kompaun.  Sejumlah 136 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah dan  dalam masa yang sama sebanyak 54 kes  telah disabitkan kesalahan dengan sejumlah RM 23,700.00 denda dikenakan, iaitu purata RM 438.88 tiap denda.   Manakala  bagi  tempoh  Januari  sehingga  Julai  tahun ini, jumlah keseluruhan  kompaun  yang dikeluarkan adalah sebanyak 11,579 dengan nilai RM 5,166,815.00.  Sejumlah 1,005 kes telah didaftarkan  untuk  tindakan  mahkamah  dan dalam masa yang  sama  897  kes  telah disabitkan kesalahan dimana sejumlah  RM 159,180.00  denda  telah dikenakan.

 

2. Melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004,  daripada 5,619 lawatan pemeriksaan sejumlah 1,805 notis kesalahan dikeluarkan dan dalam masa yang sama 1,454 kesalahan telah dikompaun sebanyak RM 322,090.00 dengan nilai purata RM221.52  tiap kompaun.  Bagi  tempoh  Januari  sehingga Julai tahun ini, sejumlah 19,557 notis kesalahan dikeluarkan dan dalam masa yang sama sebanyak 10,436 kesalahan telah dikompaun dengan nilai   RM 2,262,588.00.  

 

Adalah dimaklumkan, tindakan penguatkuasaan merupakan pilihan terakhir yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Orang ramai serta  semua pihak adalah diminta untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan  perlaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum.  

 

Sekian dan terima kasih.

 

 

DATO’ SRI DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

14  Ogos 2012

Ditambah pada 15-08-2012 04:00:00

Lampiran-lampiran