MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Pencapaian Tindakan Penguatkuasaan Dan Perundangan Di Bawah Undang-Undang Kesihatan Awam Bagi Bulan Ogos 2012
Penerangan

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

  

PENCAPAIAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KESIHATAN AWAM BAGI BULAN OGOS 2012

  ________________________________________________________

 

Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan penduduk Malaysia, dan ini termasuklah mengambil tindakan penguatkuasaan dan perundangan di bawah undang-undang kesihatan demi kepentingan kesihatan awam.

 

Bagi bulan Ogos 2012, berikut dimaklumkan hasil dan tindakan penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam.

 

1.      Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi tujuan pencegahan dan kawalan wabak denggi, sejumlah 814 kompaun bernilai RM 407,000.00 telah dikeluarkan  dengan purata RM 500 tiap kompaun.  Sejumlah 196 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah dan  dalam masa yang sama sebanyak 40 kes  telah disabitkan kesalahan dengan sejumlah RM 11,480.00 denda dikenakan, iaitu purata RM 287.00 tiap denda.   Manakala  bagi  tempoh  Januari  sehingga  Ogos  tahun ini, jumlah keseluruhan  kompaun  yang dikeluarkan adalah sebanyak 12,393 dengan nilai RM 5,573,815.00.  Sejumlah 1,283 kes telah didaftarkan  untuk  tindakan  mahkamah  dan dalam masa yang  sama  514  kes  telah disabitkan kesalahan dimana sejumlah  RM 170,660.00  denda  telah dikenakan.

 

2.      Melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004,  daripada 4,223 lawatan pemeriksaan sejumlah 1,203 notis kesalahan dikeluarkan dan dalam masa yang sama 899 kesalahan telah dikompaun sebanyak RM 285,990.00 dengan nilai purata RM318.12  tiap kompaun.  Bagi  tempoh  Januari  sehingga Ogos tahun ini, sejumlah 20,760 notis kesalahan dikeluarkan dan dalam masa yang sama sebanyak 11,335 kesalahan telah dikompaun dengan nilai   RM 2,548,578.00.  

 

Adalah dimaklumkan, tindakan penguatkuasaan merupakan pilihan terakhir yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Orang ramai serta  semua pihak adalah diminta untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan  perlaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum.  

 

Sekian dan terima kasih.

 

 

DATO’ SRI DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

 24hb. September 2012

Ditambah pada 25-09-2012 04:00:00