MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Pencapaian Tindakan Penguatkuasaan Dan Perundangan Di Bawah Undang-Undang Kesihatan Awam Bagi Bulan November 2012
Penerangan

 

 

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

  

PENCAPAIAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KESIHATAN AWAM BAGI BULAN NOVEMBER 2012

  ________________________________________________________

 

Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan penduduk Malaysia, dan ini termasuklah mengambil tindakan penguatkuasaan dan perundangan di bawah undang-undang kesihatan demi kepentingan kesihatan awam.

 

Bagi bulan November 2012, berikut dimaklumkan hasil dan tindakan penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam.

 

1.      Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi tujuan pencegahan dan kawalan wabak denggi, sejumlah 1271 kompaun bernilai RM 596,750.00 telah dikeluarkan  dengan purata RM 469.51 tiap kompaun.  Sejumlah 115 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah dan  dalam masa yang sama sebanyak 83 kes  telah disabitkan kesalahan dengan sejumlah RM 37,480.00 denda dikenakan, iaitu purata RM 451.57 tiap denda.   Manakala  bagi  tempoh  Januari  sehingga  November  tahun ini, jumlah keseluruhan  kompaun  yang dikeluarkan adalah sebanyak 16,786 dengan nilai RM 7,674,165.00.  Sejumlah 1651 kes telah didaftarkan  untuk  tindakan  mahkamah  dan dalam masa yang  sama  769  kes  telah disabitkan kesalahan di mana sejumlah  RM 279,920.00  denda  telah dikenakan.

 

2.      Melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004,  daripada 5,600 lawatan pemeriksaan sejumlah 2,165 notis kesalahan dikeluarkan dan dalam masa yang sama 1126 kesalahan telah dikompaun sebanyak RM 269,230.00 dengan nilai purata RM 239.10  tiap kompaun.  Bagi  tempoh  Januari  sehingga November tahun ini, sejumlah 28,062 notis kesalahan dikeluarkan dan dalam masa yang sama sebanyak 15,020 kesalahan telah dikompaun dengan nilai   RM 3,384,293.  

 

Adalah dimaklumkan, tindakan penguatkuasaan merupakan pilihan terakhir yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Orang ramai serta  semua pihak adalah diminta untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan  perlaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum.  

 

Sekian dan terima kasih.

 

 

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

26 Disember 2012

Ditambah pada 26-12-2012 04:00:00