MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Status Terkini Pemantauan Pencemaran Dioksin Dalam Daging Unggas (Poultry) Dan Hasilan Unggas Serta Daging Khinzir Dan Hasilan Khinzir
Penerangan

 JATA.gif 

KENYATAAN AKHBAR
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA


STATUS TERKINI PEMANTAUAN PENCEMARAN DIOKSIN DALAM DAGING UNGGAS (POULTRY) DAN HASILAN UNGGAS SERTA DAGING KHINZIR DAN HASILAN KHINZIR

 

 

Susulan daripada kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 11 Januari 2011 berhubung laporan pencemaran dioksin dalam daging unggas (poultry) dan hasilan unggas serta daging khinzir (pork) dan hasilan khinzir dari negara Jerman, KKM ingin memaklumkan status terkini berkenaan hasil pemantuan yang telah dijalankan untuk dioksin.

 

KKM telah mengenakan tindakan Pemeriksaan Tahap 4 (Survelan) ke atas daging dan hasilan daging yang diimport dari semua negara di semua pintu masuk untuk analisa dioksin melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia – FoSIM) dimana sampel diambil sebelum konsainmen di benarkan dijual  di pasaran tempatan.

 

Berdasarkan hasil  pemantauan yang dijalankan di pintu masuk oleh KKM pada tiga (3) bulan pertama tahun 2011 ke atas semua enam (6) konsainmen daging khinzir dan hasilan khinzir yang diimport dari negara Jerman, tiada dioksin dikesan dalam semua sampel yang dianalisis.

Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak yang terlibat mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

 

KKM ingin memaklumkan bahawa orang ramai tidak perlu bimbang kerana aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan makanan sentiasa dijalankan bagi memastikan keselamatan pengguna sentiasa terjamin.  

 

 

DATO’ SRI LIOW TIONG LAI

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

 

29 Mac 2011


Ditambah pada 29-03-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran