MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk "Kembara Riang Ria Pemakanan Di Sekolah Rendah"
Penerangan

 JATA.gif 

KENYATAAN AKHBAR

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

 

“KEMBARA RIANG RIA PEMAKANAN DI SEKOLAH RENDAH”

 

 

Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah rendah semakin meningkat. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia menunjukkan bahawa prevalen obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah rendah telah meningkat daripada 9.7% pada tahun 2001 kepada 13.7% pada tahun 2007. Faktor penyebab utama obesiti adalah gaya hidup yang tidak sihat iaitu tidak mengamalkan makan secara sihat dan kurang melakukan aktiviti fizikal.

 

Bagi mengelakkan masalah ini daripada menjadi semakin serius, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengambil inisiatif untuk mengadakan aktiviti khusus yang bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid-murid sekolah rendah dalam mengamalkan makan secara sihat. Aktiviti ini dinamakan Kembara Riang Ria Pemakanan Di Sekolah Rendah yang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Inisiatif ini merupakan pelengkap kepada inisiatif-inisiatif lain yang telah dan sedang diambil di sekolah rendah untuk tujuan yang sama.

 

Kembara Riang Ria Pemakanan akan diadakan di sekurang-kurangnya sebuah sekolah rendah di setiap negeri bermula April hingga Disember 2011. Jabatan Kesihatan Negeri dan Jabatan Pelajaran Negeri akan memilih sekolah-sekolah di mana aktiviti Kembara ini akan dilakukan. Selain aktiviti yang akan dilaksanakan pada hari Kembara, aktiviti sokongan dan pengekalan akan turut diadakan.

 

Pada hari Kembara, pelbagai aktiviti berbentuk permainan interaktif akan diadakan. Permainan interaktif ini merupakan kaedah yang akan digunakan bagi menyampaikan mesej-mesej pemakanan kepada kanak-kanak sekolah rendah. Ianya merangkumi kepentingan mengambil buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan susu setiap hari; kepentingan mengambil makanan mengikut waktu makan; kepentingan mengurangkan pengambilan makanan yang manis, berlemak dan bergoreng serta kepentingan aktiviti fizikal. Mesej-mesej ini juga selaras dengan Panduan Diet Malaysia yang telah diterbitkan oleh KKM pada tahun 2010.

 

Aktiviti Kembara ini adalah tidak lengkap sekiranya hanya murid sekolah rendah yang diberi kefahaman mengenai amalan makan secara sihat. Individu yang berada di sekeliling mereka juga perlu didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menyediakan hidangan yang sihat dan berkhasiat kepada mereka. Oleh itu, aktiviti-aktiviti seperti seminar dan latihan yang mensasarkan ibubapa, guru dan pengendali kantin sekolah akan diadakan. 

 

KKM ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyokong aktiviti-aktiviti promosi pemakanan di sekolah termasuk aktiviti Kembara Riang Ria Pemakanan Di Sekolah Rendah ini. Walau bagaimanapun, saya berpandangan pelaksanaan aktiviti promosi permakanan ini sudah tentu dapat ditingkatkan lagi sekiranya Pegawai Zat Makanan dapat ditempatkan di Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri. Oleh itu, saya berharap agar pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dapat mempertimbangkan perkara ini.

 

Dalam masa yang sama, bilangan dan pengisian jawatan Pegawai Zat Makanan di KKM akan terus ditingkatkan sehinga ke peringkat klinik kesihatan, seiring dengan usaha untuk mengawal masalah obesiti dan kejadian penyakit kronik berkaitan pemakanan yang semakin meningkat di negara kita. Setakat ini, terdapat 332 jawatan Pegawai Zat Makanan di KKM, yang mana 231 telah diisi (69.6%).

 

 

21 April 2011

Ditambah pada 24-04-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran