MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Pencalonan Malaysia Dalam World Health Organization Executive Board
Penerangan

KENYATAAN AKHBAR
BERHUBUNG PENCALONAN MALAYSIA DALAM
WORLD HEALTH ORGANIZATION EXECUTIVE BOARD
 

 

 

  1. Kementerian Kesihatan Malaysia yang diketuai oleh YB Dato’ Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia telah menyertai 62nd Session of the World Health Organization (WHO) Regional Committee for the Western Pacific yang diadakan dari 10 hingga 14 Oktober 2011 di Manila, Filipina. Mesyuarat tahunan ini yang disertai oleh Menteri-menteri Kesihatan Rantau Pasifik Barat akan membincangkan isu-isu dan cabaran yang dihadapi dalam bidang kesihatan awam. Terdapat 37 buah negara anggota dan kawasan yang meliputi Rantau Pasifik Barat.
  2.  

  3. Salah satu agenda bagi 62nd Session of the WHO Regional Committee for the Western Pacific merupakan pelantikan antara Negara-negara Anggota bagi mengisi dua jawatan kosong untuk mewakili Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Rantau Pasifik Barat dalam WHO Executive Board. Dengan itu, sukacitanya Kementerian ini ingin memaklumkan bahawa Malaysia dan Australia telah terpilih sebagai ahli untuk menganggotai WHO Executive Board bagi tempoh 2012 - 2014.
  4.  

  5. WHO Executive Board merangkumi 34 anggota dalam bidang kesihatan dan negara anggota yang dilantik akan berkhidmat dalam WHO Executive Board selama tiga tahun. Fungsi utama ahli WHO Executive Board adalah untuk memberi pandangan kepada keputusan-keputusan dan dasar-dasar yang digubal semasa Perhimpunan Kesihatan Sedunia  (WHA), memberi nasihat dan menyelaraskan kerja-kerja WHO secara amnya.
  6.  

  7. Malaysia terpilih sebagai ahli WHO Executive Board pada 26 tahun yang lepas iaitu bagi tempoh 1983 - 1985. Selain itu, Malaysia juga pernah berkhidmat bagi tempoh 1963 – 1965. Hanya lima tempat yang diperuntukkan bagi WHO Rantau Pasifik Barat untuk menganggotai WHO Executive Board.
  8.  

  9. Pemilihan Malaysia ke WHO Executive Board akan terus meningkatkan imej negara di mata dunia. Dalam masa yang sama, Malaysia dapat memainkan peranan aktif dalam diplomasi kesihatan dan seterusnya dapat menentukan dasar-dasar kesihatan yang lebih efisien dilaksanakan.

 

 

 

 

Kementerian Kesihatan Malaysia

14 Oktober 2011

Ditambah pada 19-10-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran