MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental Bil. 1/2012
Penerangan

MESYUARAT MAJLIS PENASIHAT PROMOSI KESIHATAN MENTAL

BIL1/2012

 JATA.gif

KENYATAAN AKHBAR

Y.B. MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

 

 

Di peringkat global, gangguan mental dan tingkah laku dijangka akan meningkat dari 11% kepada 15% daripada beban penyakit menjelang tahun 2020. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut meramalkan bahawa di peringkat global, kemurungan yang merupakan salah satu gangguan mental akan menduduki tempat ke-2 teratas di bawah penyakit jantung iskemia. Kemurungan juga menjadi salah satu faktor risiko untuk tingkah laku bunuh diri.

 

Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2011 telah mendapati bahawa prevalen kemurungan di kalangan masyarakat dewasa adalah 1.8% manakala prevalen keresahan adalah 1.7%. Kaum perempuan menunjukkan prevalen gangguan mental yang lebih tinggi berbanding lelaki. Prevalen kemurungan bagi perempuan adalah 2.3% berbanding 1.4% bagi lelaki. Di kalangan kanak-kanak dan remaja pula, kajian yang sama mendapati masalah kesihatan mental telah meningkat dari 19.4% dalam tahun 2006 kepada 20.0% dalam tahun 2011.  Kajian juga mendapati  bahawa bagi tingkah laku bunuh diri di kalangan masyarakat dewasa, 1.7%, mempunyai idea bunuh diri, 0.9% pernah merancang untuk membunuh diri dan 0.5% pernah mencuba membunuh diri. 

 

Menyedari gangguan mental seperti kemurungan boleh melanda sesiapa sahaja, Kementerian akan terus melaksanakan usaha-usaha mempromosikan kesihatan mental dan mencegah gangguan mental. Satu pelan publisiti sedang disediakan untuk promosi kesihatan mental. KKM akan memberi tumpuan untuk melaksanakan kempen kesedaran kesihatan mental memfokuskan kepada aspek kemurungan. Pada tahun ini juga, satu Karnival Minda Sihat sedang dirancang sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia pada Oktober 2012. Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi dan pertubuhan bukan kerajaan berdasarkan tema sambutan iaitu ‘Depression: A Global Crisis”.

 

Kementerian juga telah menyediakan Pelan Tindakan Strategik Kebangsaan Pencegahan Bunuh Diri bagi jangkamasa 5 tahun (2012-2016) di mana salah satu strategi utama dalam pelan tersebut adalah promosi kesihatan mental dan kerjasama pintar di antara pelbagai agensi.  KKM juga sedang bekerjasama dengan pihak Kementerian Pelajaran untuk mempergiatkan aktiviti promosi kesihatan mental di sekolah.

 

Saya ingin memaklumkan bahawa pada tahun ini KKM mensasarkan sekurang-kurangnya sebuah Pusat Kesihatan Mental Masyarakat akan ditubuhkan di setiap negeri. Saya juga berharap agar pihak swasta tampil untuk bersama-sama melibatkan diri dalam usaha menubuhkan Pusat Kesihatan Mental Masyarakat Swasta selari dengan peruntukan yang terdapat dalam Akta  Kesihatan Mental 2001 dan Peraturan Kesihatan Mental 2010 yang menggalakkan penubuhan pusat sedemikian.

 

Kementerian Kesihatan menyedari bahawa masalah kesihatan mental dan gangguan mental mempunyai implikasi sosial dan ekonomi yang luas. Oleh itu, saya menyeru agar semua pihak memberi perhatian terhadap isu-isu melibatkan kesihatan mental dan mengambil tindakan melaksanakan usaha-usaha mempromosikan kesihatan mental yang baik di kalangan keluarga dan rakan-rakan.

 

Amatlah penting kita semua memastikan bahawa dalam usaha kita menuju kearah negara maju, kesihatan mental rakyat tidak diabaikan. Ini perlu supaya kualiti dan kesejahteraan hidup terjamin disamping meningkatkan produktiviti negara.



Sekian , terima kasih.

 

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Menteri Kesihatan Malaysia 

Ditambah pada 13-06-2012 04:00:00

Lampiran-lampiran