MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M)
Penerangan

 JATA.gif

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

 

KENYATAAN AKHBAR

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

 

1.         Pelancaran Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M) ini merupakan satu inisiatif oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memudahkan industri, terutamanya EKS (Enterprise Kecil & Sederhana), memenuhi keperluan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. SK1M terdiri daripada tiga (3) jenis skim iaitu;

i.      Skim Pemeriksaan Keselamatan Makanan

ii.    Skim GMP 1Malaysia

iii.   Skim HACCP 1Malaysia

 

2.            Melalui skim ini industri makanan akan diberikan pengiktirafan mengikut tahap pematuhan kepada Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 secara berperingkat. Pihak industri dapat menggunakan logo pengiktirafan dalam memasarkan produk mereka kepada pengguna.

 

3.            Pengiktirafan ini merupakan pra syarat bagi mendapatkan pensijilan lain seperti Sijil Halal dan 1Malaysia Best. Perkara ini dapat direalisasikan melalui perkongsian pintar di antara KKM dengan agensi lain seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

 

4.            KKM amat memahami kekangan yang dihadapi oleh EKS di negara kita, terutamanya kelemahan dari aspek kepakaran teknikal. Justeru KKM akan memberikan khidmat nasihat teknikal bagi membantu sektor EKS melaksanakan sistem jaminan keselamatan makanan. Skim ini akan diberikan secara PERCUMA. Walaubagaimanapun, KKM tidak akan berkompromi dalam aspek keselamatan makanan.

 

5.            Bagi tujuan pengeksportan makanan pula, pihak industri perlu memenuhi keperluan negara pengimport. Justeru, KKM menggalakkan industri makanan yang ingin mengeksport makanan mengambil pengiktirafan Good Manufacturing Practice (GMP) atau Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP) KKM yang mencapai tahap piawaian antarabangsa.

 

6.            Sebagaimana yang disarankan oleh Y.A.B Perdana Menteri, sektor swasta seperti industri makanan perlu menyahut cabaran untuk menjadi peneraju pertumbuhan ekonomi yang lebih dinamik, kreatif dan inovatif. Kerajaan akan menyediakan ekosistem yang terbaik bagi merealisasikan hasrat ini. Sesungguhnya SK1M ini merupakan satu manifestasi kepada saranan Y.A.B Perdana Menteri.

 

7.            KKM berharap pihak industri makanan merebut peluang ke atas SK1M ini bagi menjayakan agenda negara untuk memajukan sektor industri khususnya industri makanan di samping menyediakan makanan yang selamat.

 

 8 Nov 2010

Ditambah pada 07-11-2010 04:00:00

Lampiran-lampiran