MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental
Penerangan

 JATA.gif
 

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

KENYATAAN AKHBAR

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

 

 

Kementerian Kesihatan amat peka dan bimbang tentang peningkatan masalah kesihatan mental kebelakangan ini. Peningkatan ini selari dengan ramalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyatakan bahawa beban masalah kesihatan mental dijangka akan terus meningkat dari 12% dalam tahun 2000 ke 15% menjelang 2020.  Menjelang 2020 juga, salah satu dari gangguan mental iaitu kemurungan dijangka akan menduduki tempat kedua dari segi beban penyakit selepas penyakit jantung iskemia.

 

Justeru, pada Julai 2010, Kementerian Kesihatan telah mengambil inisiatif menubuhkan Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental yang bertujuan untuk merancang dan menentukan halatuju Program  Promosi Kesihatan Mental selari dengan polisi atau dasar yang telah ditetapkan oleh Kementerian. Ahli-ahli Majlis yang telah dilantik bermesyuarat buat kali kedua pada hari ini bagi membincangkan tentang isu-isu tentang kesihatan mental, strategi-strategi dan aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan bagi meningkatkan lagi tahap kesihatan mental masyarakat Malaysia.

 

Kementerian Kesihatan ingin menyatakan bahawa pada tahun 2011 ini, aktiviti promosi minda sihat dan pencegahan penyakit mental akan memfokuskan kepada beberapa perkara iaitu :

(i)   Pemerkasaan Komuniti,

(ii)  Kempen Anti-Stigma,

(iii) Memperluaskan  saringan stres, keresahan dan kemurungan di klinik-klinik kesihatan,

(iv) Pelaksanaan Program Menangani Stres di Sekolah dan

(v)  Pelaksanaan Program Menangani Stres di Tempat Kerja

 

Sepanjang 3 bulan lepas, lapan (8) projek pemerkasaan komuniti yang melibatkan saringan Minda Sihat dan Intervensi Minda Sihat telah dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran kesihatan mental manangani stres di kalangan anggota masyarakat. Melalui projek ini, kita berharap agar masyarakat akan dapat memperkasakan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran kesihatan mental yang berkaitan.

 

Menyedari bahawa media amat memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran awam, Kementerian akan bekerjasama dengan pihak media untuk terus mempromosikan kepentingan kesihatan mental terutama dalam perancangan dan pengukuhan Kempen Anti-Stigma yang merupakan satu cabaran dalam kesihatan mental. Selain itu, Perkhidmatan Minda Sihat akan diperluaskan di semua klinik-klinik kesihatan seluruh Malaysia di mana masyarakat akan berpeluang untuk menjalani saringan bagi mengetahui tahap stres, keresahan dan kemurungan dan seterusnya mendapatkan intervensi minda sihat termasuk kaunseling, kemahiran teknik relaksasi dan kemahiran kesihatan mental seperti menangani stres secara berkesan, berfikiran positif, penyelesaian masalah yang amat diperlukan bagi manangani cabaran hidup sehari-hari.  

 

Bagi meningkatkan promosi kesihatan mental di sekolah-sekolah, Kementerian akan melaksanakan Program Menangani Stres di empat (4) buah sekolah menengah yang dipilih sebagai projek rintis. Kementerian berharap akan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran di dalam pelaksanaan program ini.  

 

Kementerian Kesihatan juga menyedari walau pun pada dasarnya, stres di tempat kerja boleh dianggap biasa, tetapi sekiranya tidak dapat dikawal akan menyebabkan masalah yang boleh mengganggu produktiviti individu. Oleh itu, Program Menangani Stres di Tempat Kerja akan dilaksanakan secara komprehensif dengan kerjasama pihak NIOSH.

Kementerian amat berharap inisiatif yang dinyatakan akan  dapat diperkukuhkan melalui kolaborasi di antara Kementerian Kesihatan dan  agensi-agensi kerajaan lain, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan serta komuniti. Ini  amat penting supaya segala program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kementerian ingin menyeru pihak media agar dapat membantu memainkan peranan lebih pro-aktif bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya untuk menjaga kesihatan mental bagi menjamin kesejahteraan hidup.

 

Sekian , terima kasih.

 

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Menteri Kesihatan Malaysia

 

Ditambah pada 23-01-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran