MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Bayaran Tuntutan Upah Jahit Dan Pembelian Kasut
Penerangan

 

KENYATAAN AKHBAR

KETUA SETIAUSAHA

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

BAYARAN TUNTUTAN UPAH JAHIT DAN PEMBELIAN KASUT


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil perhatian serius berhubung dengan tuntutan palsu upah jahit dan pembelian kasut yang dibangkitkan oleh pihak audit. Bagi tujuan ini, Kementerian telah mengedarkan Surat Edaran Bahagian Akaun Bil. 5 Tahun 2013 mengenai Garis Panduan Urusan Pembayaran Balik Upah Jahit Pakaian Seragam/Pembelian Kasut Bagi Warga KKM untuk memastikan tuntutan upah jahit pakaian seragam dan pembelian kasut dibuat dengan teratur dan mematuhi peraturan kewangan yang berkuat kuasa. Semua maklumat seperti nombor resit, tarikh resit, nama pembekal, alamat pembekal dan nombor telefon pembekal perlu dikemukakan dengan lengkap sebelum bayaran boleh dibuat.

 

Beberapa sesi penerangan dan taklimat kepada warga KKM mengenai kadar yang layak untuk dituntut oleh mereka telah pun diadakan. Selain itu, Kementerian juga telah mengambil tindakan menuntut balik jumlah tuntutan upah jahit dan pembelian kasut yang meragukan daripada pegawai yang berkenaan.

 

 

DATUK FARIDA MOHD ALI

 

 

Kenyataan akhbar lengkap sila rujuk Lampiran

Ditambah pada 03-10-2013

Lampiran-lampiran