MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Kenyataan Akhbar Y.B. Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi- Mengenai Insiden Nuklear Akibat Kejadian Gempabumi Dan Tsunami Di Jepun ( 22 Mac 2011, 3.00 Petang )
Penerangan

PRESS RELEASE

KENYATAAN AKHBAR

Y.B. MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

MENGENAI INSIDEN NUKLEAR AKIBAT KEJADIAN

GEMPABUMI DAN TSUNAMI DI JEPUN 

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

22 Mac 2011, 3 petang

 

KEADAAN DI JEPUN

1.       Pada 21 Mac 2011, jam 6.30 petang, waktu Malaysia, Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Yukiyo Amano melaporkan kepada Lembaga Gabenor IAEA bahawa keadaan masih serius di Stesen Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi. Bagi mempercepatkan pertukaran maklumat dan meningkatkan ketelusan, beberapa pegawai IAEA telah berlepas ke Jepun sebagai pegawai penyelarasan bantuan, pegawai perhubungan dan pegawai tambahan di dalam pasukan pemonitoran sinaran sekitar kawasan Fukushima.

 

2.       Penyelarasan dengan agensi lain di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu juga telah dibuat iaitu dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) dan Comprehensive Test Ban Treaty Organization (CTBTO) yang berkongsi data pemonitoran radiologinya. Penyelarasan ini dapat membantu dari aspek kepantasan tindakan dan pengeluaran maklumat.

 

3.       Kedutaan Besar Jepun di Vienna dan Kedutaan Besar Jepun di Malaysia masing-masing telah memberi penjelasan khas kepada Kedutaan Besar Malaysia dan Perwakilan Khas kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Vienna serta wakil-wakil dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Agensi Nuklear Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Malaysia berhubung bacaan sinaran di Tokyo yang menunjukkan kadar yang jauh lebih rendah dari nilai yang membahayakan manusia. Manakala bacaan di sinaran di Kyushu dan Okinawa tidak menunjukkan sebarang peningkatan yang ketara. Sehubungan dengan itu, kemalangan di Jepun tidak memberi kesan ke Negara-negara jirannya termasuk Malaysia. Jepun berharap dengan penjelasan yang telah diberikan ini akan dapat memberikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia.

 

4.       Berdasarkan ramalan oleh pusat-pusat tindak balas kecemasan persekitaran di bawah Pertubuhan Meteorologi Sedunia, bagi tempoh sehingga 24 Mac 2011, pergerakan  sebarang bahan cemar radioaktif iodin yang terlepas dari logi nuklear Fukushima untuk tempoh 72 jam dari tarikh 21 Mac 2011 adalah ke arah selatan sehingga 23 Mac 2011 dan kearah tenggara/timur pada 24 Mac 2011. Untuk tempoh tersebut sebarang pencemaran radioaktif iodin jika ada adalah di  sekitar  Jepun dan perairan berdekatannya dan  tidak akan sampai ke Malaysia. 

 

TINDAKAN OLEH MOSTI DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN-KEMENTERIAN BERKENAAN:  

 

1.           MOSTI meneruskan usaha memantau secara aktif keadaan insiden nuklear di Jepun dan impak kepada negara kita melalui Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Agensi Nuklear Malaysia dan Jabatan Meteorologi Malaysia.

 

2.           Pemantauan melalui Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di 6 lokasi seluruh Malaysia (Chuping, Ipoh, Sri Aman, Kuantan, Kudat dan Senai) diteruskan dan masih menunjukkan paras normal di mana data pada 10.00 pagi, 22 Mac 2011 adalah 0.028 hingga 0.175 mikro Sievert per jam. Paras ini masih merupakan bacaan normal untuk Malaysia.  

 

3.       Langkah berjaga-jaga melalui Sistem Pemonitoran Portal (Radiation Portal Monitors – RPMs) yang sememangnya telahpun dipasang di KLIA sejak 2009, juga menunjukkan paras normal dan tiada sebarang pencemaran dikesan. Pegawai AELB dan Nuklear Malaysia turut berada di lapangan terbang utama yang menerima pesawat dari Jepun untuk melakukan saringan kedua (pemonitoran individu), yang akan dibuat hanya jika terdapat bacaan yang melebihi kadar yang dibenarkan (0.5 mikro Sievert).

 

4.       Namun demikian, mana-mana penumpang yang ingin mendapatkan khidmat pemonitoran cemaran radioaktif lebih lanjut, bolehlah memohon kepada pegawai AELB yang sedang bertugas di KLIA dan LCCT.

 

5.       Sehingga kini pemantauan telah dilakukan terhadap 31 penerbangan dari Jepun ke Malaysia ke atas penumpang-penumpang dan anak kapal. Tiada kadar dedahan melebihi paras normal dikesan sehingga hari ini.

 

6.       Kemudahan perkhidmatan pengesanan sinaran dibuka kepada individu yang ingin mendapatkan pemonitoran cemaran di Ibu Pejabat AELB, Batu 24, Jalan Dengkil, Selangor Darul Ehsan setiap hari pada jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang bermula 20 Mac 2011 secara percuma. Sehingga kini seramai 15 individu telah datang ke AELB untuk mendapatkan khidmat pemonitoran cemaran. Tiada kadar dedahan melebihi paras normal dikesan sehingga hari ini.

 

7.       Dari segi keselamatan makanan, akhbar Kosmo pada 21 Mac 2011 telah melaporkan tentang pencemaran bahan radioaktif dalam kacang parang yang diimport oleh Taiwan dari Jepun tetapi mematuhi had yang dibenarkan oleh Taiwan. Mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Malaysia tidak mengimport produk kacang parang dari Jepun berdasarkan maklumat dari Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) di bawah KKM. Dari tahun 2009 sehingga sekarang, Malaysia hanya mengimport kacang parang dari Australia, Lebanon, French Polynesia dan Perancis.

 

8.       Pengguna tidak perlu khuatir dengan makanan yang dijual di pasaran dan yang diimport. KKM akan sentiasa memantau keselamatan produk makanan dari masa ke semasa termasuk produk makanan yang diimport dari negara Jepun

 

9.           MOSTI menasihatkan sekali lagi kepada semua rakyat Malaysia supaya tidak bimbang dan tidak mempercayai khabar-khabar angin dari sumber yang tidak berasas.   

 

10.      Bagi sebarang pertanyaan, bolehlah dirujuk kepada Pusat Maklumat Radiologi AELB melalui talian Hotline AELB 1 800 88 7999 begin_of_the_skype_highlighting   atau di 03-8922 5848end_of_the_skype_highlighting atau melalui emel di MNR-Customer@aelb.gov.my

 

11.      Maklumat teknikal boleh di perolehi di laman web di   

a)     Laman Web IAEA (www.iaea.org)

b)     Laman Web MOSTI (www.mosti.gov.my)

c)     Laman Web AELB (www.aelb.gov.my)

d)     Laman Web Nuklear Malaysia (www.nuclearmalaysia.gov.my)

e)     Laman Web Kementerian Kesihatan Malaysia (www.moh.gov.my)

f)      Laman Web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (http://fsq.moh.gov.my)

Ditambah pada 22-03-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran

  • {{field_96_337}}