MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Kenyataan Akhbar Y.B. Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi- Mengenai Insiden Nuklear Akibat Kejadian Gempabumi Dan Tsunami Di Jepun ( 27 Mac 2011, 3.00 Petang )
Penerangan

PRESS RELEASE

KENYATAAN AKHBAR

Y.B. MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

MENGENAI KEMALANGAN NUKLEAR AKIBAT KEJADIAN

GEMPABUMI DAN TSUNAMI DI JEPUN 

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

27 Mac 2011, 3 petang 

 

KEADAAN DI JEPUN

1.           Pada 26 Mac 2011 jam 11.15 malam waktu Malaysia, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengesahkan air bersih telah digunakan untuk menyejukkan unit 1, 2 dan 3 loji nuklear di Stesen Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi menggantikan air laut. Penggunaan air bersih adalah lebih baik kerana kurang bendasing dan kurang menghakis. 

2.           Bekalan tenaga elektrik telah disambungkan ke loji kuasa nuklear unit 1, 2, 3 dan 4 di Stesen Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi, membolehkan sebahagian instrumentasi berfungsi. Lampu di bilik kawalan bagi loji kuasa nuklear unit 1, 2 dan 3 telah dapat dipulihkan.

3.           Pihak berkuasa Jepun meneruskan usaha melakukan pemonitoran alam sekitar (tanah, permukaan air, tumbuhan dan udara), marin, air minuman dan produk pertanian. Persampelan air laut yang dilakukan 330 m dari titik pelepasan bagi loji kuasa nuklear unit 1, 2, 3 dan 4 menunjukkan terdapat sedikit peningkatan kepekatan radionuklid Iodin-131 (50 Bq/cm3) dan Cs-137 (7.2 Bq/cm3) dari bacaan sebelumnya. Pada jarak 23 hingga 97 km dari Stesen Kuasa Nuklear Fukushima, kadar dos alam sekitar adalah di antara 0.73 hingga 8.8 mikro Sievert sejam, masih di paras yang melebihi keadaan normal.

4.           Kehadiran Iodin-131 di dalam susu dari Ibaraki dan Tochigi adalah di bawah had yang dibenarkan oleh pihak berkuasa Jepun tetapi melebihi had di dalam bayam dan lain-lain sayuran. Manakala bagi sampel susu dan sayuran dari Chiba, Gunma, Kanagawa, Saitama dan Tokyo, Iodin-131 dan Cesium-137 tidak dikesan atau pada paras di bawah had yang dibenarkan. Bagi sampel air paip pula, daripada 47 daerah yang dianalisa, hanya air paip di Tochigi mempunyai Iodin-131 melebihi nilai yang disyorkan untuk bayi iaitu 110 Bequerel per liter berbanding had yang ditetapkan iaitu 100 Bequerel per liter.

5.           Bagi tempoh sehingga 29 Mac 2011, ramalan yang dibuat oleh pusat-pusat tindak balas kecemasan persekitaran di bawah Pertubuhan Meteorologi Sedunia, menggambarkan pergerakan  bahan cemar radioaktif Iodin yang terlepas dari loji nuklear Fukushima untuk tempoh 72 jam dari tarikh  26 Mac 2011 adalah ke arah timur dan  tenggara menghala ke Lautan Pasifik. Penyebaran bahan cemar ini menunjukkan ianya meliputi kawasan utara, timur dan juga tengah Jepun dan barat laut Lautan Pasifik. Untuk tempoh tersebut sebarang pencemaran radioaktif Iodin, jika ada, adalah di persekitaran negara Jepun dan lautan Pasifik berdekatannya.   Pusat-pusat  tersebut  juga tidak mengeluarkan  laporan mengenai perkembangan pergerakan bahan cemar radioaktif yang ada kesan kepada Malaysia. Ini disokong oleh pemonitoran AELB yang sehingga kini menunjukkan bacaan pada paras normal.

TINDAKAN OLEH MOSTI DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN-KEMENTERIAN BERKENAAN:  

1.         MOSTI masih meneruskan pemantauan secara aktif keadaan kemalangan nuklear di Jepun dan impak kepada negara kita melalui Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Agensi Nuklear Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia dan Malawakil Vienna, Wisma Putra. Manakala Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  pula memantau dari segi keselamatan makanan yang diimpot dari Jepun.

2.         Pemantauan melalui Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di 6 lokasi seluruh Malaysia masih menunjukkan paras normal.

3.         Sehingga kini pemantauan telah dilakukan terhadap 56 penerbangan dari Jepun ke Malaysia ke atas penumpang-penumpang dan anak kapal. Seramai 29 individu pula telah datang ke AELB dan Agensi Nuklear Malaysia untuk mendapatkan khidmat pemonitoran cemaran. Tiada kadar dedahan melebihi paras normal dikesan sehingga hari ini.

4.         Dari segi keselamatan makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pengguna tidak perlu khuatir dengan tahap keselamatan makanan yang dijual di pasaran dan yang diimport. Sehingga kini tiada produk makanan yang diimport dari Jepun tercemar dengan bahan radioaktif. KKM akan sentiasa memantau keselamatan produk makanan dari masa ke semasa termasuk produk makanan yang diimport dari negara Jepun.

5.         Bagi sebarang pertanyaan, bolehlah dirujuk kepada Pusat Maklumat Radiologi AELB melalui talian Hotline AELB 1 800 88 7999 begin_of_the_skype_highlighting   atau di 03-8922 5848end_of_the_skype_highlighting atau melalui emel di MNR-Customer@aelb.gov.my

6.         Maklumat teknikal boleh diperolehi di laman web;  

a)     Laman Web IAEA (www.iaea.org)

b)     Laman Web MOSTI (www.mosti.gov.my)

c)     Laman Web AELB (www.aelb.gov.my)

d)     Laman Web Nuklear Malaysia (www.nuclearmalaysia.gov.my)

e)     Laman Web Kementerian Kesihatan Malaysia (www.moh.gov.my)

f)      Laman Web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (http://fsq.moh.gov.my)

Ditambah pada 26-03-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran

  • {{field_96_337}}