MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Operasi Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 Siri 2/2011 'Ops Basuh II' : Operasi Larangan Penjualan Rokok Di Bawah Harga Minimum Rokok Dan Penjualan Rokok Tanpa Amaran Kesihatan Bergambar
Penerangan

 JATA.gif 

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

 Operasi Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 Siri 2/2011 'Ops Basuh II' : Operasi Larangan Penjualan Rokok Di Bawah Harga Minimum Rokok Dan Penjualan Rokok Tanpa Amaran Kesihatan Bergambar

 

 

Berikutan laporan penjualan rokok di bawah Harga Minimum Rokok yang berleluasa kebelakangan ini, Kementerian Kesihatan Malaysia pada 22 Februari 2011 telah melancarkan operasi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 peringkat kebangsaan siri kedua tahun 2011. Operasi kali ini yang bertemakan ’Ops Basuh II’ memberi fokus kepada larangan penjualan rokok di bawah Harga Minimum Rokok dan larangan penjualan rokok tanpa cetakan Amaran Kesihatan Bergambar. Operasi ini ditujukan kepada peniaga yang menjual rokok di bawah Harga Minimum Rokok yang ditetapkan oleh Kerajaan dan penjualan rokok tidak sah.

 

          Daripada 2,927 buah premis yang telah diperiksa dalam operasi ini, sejumlah 128 kesalahan telah dikesan di atas kesalahan Harga Minimum Rokok dan penjualan Rokok Tidak Sah. Daripada jumlah tersebut, seramai 102 orang peniaga telah dikenakan kompaun minimum RM 500.00 setiap seorang di atas kesalahan menjual rokok dengan harga di bawah daripada Harga Minimum Rokok dan seramai 26 orang peniaga juga telah diberi notis kesalahan kerana menjual rokok tidak sah. Kesemua rokok tidak sah tersebut didapati merupakan rokok yang tiada cetakan Amaran Kesihatan Bergambar daripada jenama Luffman, League, Canyon, June, Life Up, Cordon, L.A, Virginia Star, Paradox, Star Mild, Ray, NYX, Denver, Modeng, Dusk, Modemi, Absolute, Duo M, Astro, Marlboro (Indonesia), G-Five&Minna, Fine, Alain Delon, 234, Walton, Blackjack, Pensil Mas, Premium, Apache Kretek, Menara Kretek, Semporna, Suria, Kretek Nusantara, Djarum Super, Surya Gudang Garam, Kretek Gudang Garam dan Dji Sam Soe. Peniaga-peniaga yang menjual rokok tidak sah tersebut akan didakwa di mahkamah dan sekiranya didapati bersalah, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

 

Nilai kompaun berjumlah RM 51,000.00 telah dikenakan bagi kesalahan di bawah Harga Minimum Rokok. Disamping itu sejumlah 3,332 paket rokok dengan nilai pasaran sebanyak RM 10,779.80 telah juga dirampas di dalam operasi ini.

 

Dalam dua siri operasi ’Ops Basuh’ yang telah dilaksanakan sepanjang dua bulan pertama tahun ini, Kementerian Kesihatan telah mengenakan tindakan kompaun terhadap 242 orang peniaga kerana didapati menjual rokok di bawah Harga Minimum Rokok yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jumlah nilai kompaun yang telah dikenakan tersebut mencecah RM 121,000.00. Disamping itu, seramai 48 orang peniaga juga didakwa di mahkamah kerana menjual Rokok Tidak Sah. Jumlah paket rokok yang telah dirampas adalah sebanyak 6359 paket dengan nilai pasaran sebanyak RM 22,225.20. Pecahan hasil operasi bagi kedua-dua siri operasi ’Ops Basuh’ adalah seperti di Lampiran 1.

 

Kementerian Kesihatan Malaysia bertekad akan mengambil tindakan yang tegas terhadap penjualan rokok di bawah Harga Minimum Rokok dengan mengenakan kompaun minimum RM 500.00 terhadap peniaga yang melakukan kesalahan ini bagi kali pertama. Kompaun yang berganda akan dikenakan terhadap peniaga yang melakukan kesalahan ini secara berulang di mana bagi kesalahan kali kedua akan dikenakan kompaun sebanyak RM 1,000; bagi kesalahan kali ketiga sebanyak RM 2,000.00 dan sehingga kompaun maksima RM 5,000.00. Oleh yang demikian, para peniaga adalah dinasihat agar sentiasa mematuhi peruntukan undang-undang agar tidak menjual rokok di bawah Harga Minimum Rokok atau menjual Rokok Tidak Sah. Dalam hal ini juga, Kementerian Kesihatan telah pun menghantar surat peringatan kepada para peniaga agar mematuhi peruntukan Harga Minimum Rokok dan kepada para pengilang rokok mengenai tanggung jawap mereka untuk memantau harga jualan produk rokok mereka dan memastikan para peniaga yang bertindak sebagai agen mereka untuk mematuhi peruntukan undang-undang.

 

Kementerian Kesihatan Malaysia akan meneruskan operasi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau peringkat kebangsaan secara bertema ini dari masa ke semasa bagi membendung penjualan rokok di bawah Harga Minimum Rokok dan penjualan Rokok Tidak Sah. Ini bertujuan bagi melindungi rakyat agar tidak tertarik untuk memula dan meneruskan tabiat buruk merokok yang merugikan serta merosakkan kesihatan. Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau juga bertujuan meningkatkan kesedaran para peniaga dan orang awam tentang peruntukan–peruntukan undang-undang di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

 

 

Orang ramai juga diseru memberi kerjasama membenteras gejala penjualan rokok di bawah harga minimum dan rokok haram (rokok tanpa Amaran Kesihatan Bergambar) dengan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran. Orang ramai juga boleh membuat laporan dengan menghubungi talian Infoline KKM 03-88834400.

 

 

Sekian, terima kasih

 

(DATO’ SRI LIOW TIONG LAI)

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

 

31 Mac 2011

 

Ditambah pada 03-04-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran

  • {{field_96_337}}