MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Operasi Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 Siri 4/2011
Penerangan

 JATA.gif 

 

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

 

Operasi Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 Siri 4/2011 'Ops OBD' : Operasi Larangan Merokok Bagi Orang Belum Dewasa (OBD), Larangan Penjualan Hasil Tembakau Kepada OBD Dan Pameran Tanda Larangan Jualan Hasil Tembakau Kepada OBD

 

 

Bagi tujuan melindungi orang belum dewasa (OBD) daripada bahaya tabiat merokok serta mengambil tindakan terhadap penjual rokok yang tidak bertanggung jawap yang menjual hasil tembakau kepada golongan kanak-kanak dan remaja yang belum mencapai umur 18 tahun, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan operasi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 peringkat kebangsaan bagi kali keempat tahun ini pada 26 April 2011. Operasi ini yang bertema ’Ops OBD’ mensasarkan penguatkuasaan terhadap larangan penjualan hasil tembakau kepada orang belum dewasa, larangan orang belum dewasa merokok atau memiliki hasil tembakau dan tanggung jawap penjual untuk mempamerkan tanda larangan jualan hasil tembakau kepada orang di bawah umur 18 tahun.

 

          Sejumlah 2,101 tempat telah diperiksa dalam operasi ini di mana 1600 daripadanya merupakan tempat penjualan hasil tembakau seperti gerai runcit, kedai runcit, pasaraya, kedai makan dan restoran dan sebagainya manakala bakinya merupakan tempat-tempat di mana orang belum dewasa didapati merokok seperti di kawasan sekolah, hentian bas, pasaraya, kedai makan, stesyen minyak dan sebagainya.

 

Seramai 336 orang belum dewasa telah dikompaun dalam operasi ini kerana didapati merokok atau memiliki hasil tembakau. Mereka akan dikenakan kompaun minimum RM 50.00 setiap seorang disamping surat amaran akan dihantar kepada ibu bapa atau penjaga mereka bagi tujuan memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga mengenai kesalahan tingkah laku anak mereka agar ibu bapa atau penjaga dapat menasihati dan memantau tingkah laku anak mereka.

 

Selain itu, seorang pekedai runcit telah dikompaun kerana menjual hasil tembakau kepada orang belum dewasa manakala kompaun juga dikeluarkan kepada 24 penjual hasil tembakau kerana gagal mempamerkan Tanda Larangan Jualan Hasil Tembakau Kepada Orang Di Bawah Umur 18 Tahun. Mereka akan dikenakan kompaun minimum RM 500.00 setiap seorang.

 

Secara keseluruhannya, sejumlah 361 kompaun telah dikeluarkan dalam operasi di seluruh negara ini dan jumlah nilai kompaun yang dikenakan adalah sebanyak RM 29,300.00. Pecahan pencapaian operasi ini adalah seperti di Lampiran 1. Bagi mereka yang gagal menjelaskan kompaun dalam tempoh masa yang ditetapkan, mereka akan didakwa di mahkamah dan sekiranya didapati bersalah, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

 

Merokok boleh menyebabkan Penyakit Paru-Paru Obstruktif Kronik, Penyakit Jantung dan Kanser Paru-Paru serta pelbagai jenis penyakit kronik yang lain. Kementerian Kesihatan Malaysia memandang serius terhadap trend orang belum dewasa yang merokok yang akan menjadikan mereka ketagih terhadap tabiat merokok. Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan yang tegas terhadap peniaga yang menjual hasil tembakau kepada orang belum dewasa yang belum mencapai umur 18 tahun. Para ibu bapa juga dinasihat agar memantau tingkah laku anak-anak mereka. Disamping itu, ibubapa yang merokok juga dinasihatkan berhenti merokok bagi menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka.

 

Kementerian Kesihatan Malaysia akan meneruskan operasi penguatkuasaan bagi melindungi orang ramai daripada bahaya rokok dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang peruntukan undang-undang di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Kepada sesiapa yang ingin berhenti merokok, mereka bolehlah mendapatkan perkhidmatan berhenti merokok di klinik-klinik kesihatan atau hospital Kerajaan yang berdekatan atau menghubungi No. Infoline 03-8883-4400 untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan.  Akhirnya saya menyeru kerjasama semua pihak agar kita bersama-sama berusaha ke arah masyarakat yang bebas asap rokok.

 

Sekian, terima kasih

 

(DATO’ DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN)

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 9  Mei 2011

 

Lampiran 1

 

 

HASIL OPERASI PENGUATKUASAAN PPKHT 2004 ’OPS OBD’ : OPERASI LARANGAN MEROKOK BAGI ORANG BELUM DEWASA (OBD), LARANGAN PENJUALAN HASIL TEMBAKAU KEPADA OBD DAN PAMERAN TANDA LARANGAN JUALAN HASIL TEMBAKAU KEPADA OBD KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

 

PERKARA

OPS OBD

1)  Jumlah Premis / Institusi / Tempat yang diperiksa (Seperti pecahan dibawah)

2101

a)    Premis / Tempat Penjualan Hasil Tembakau Seperti Gerai Runcit, Kedai Runcit, Pasar Mini, Pasaraya, Kedai Makan, Restoran dan Sebagainya

b)   Institusi / Tempat di Mana Orang Belum Dewasa Merokok Seperti di Kawasan Luar Sekolah, Hentian Bas, Pasaraya, Kedai Makan dan Sebagainya

 1600

 


 501

2)  Jumlah Kompaun Yang Dikeluarkan Dalam Operasi Ini  (Semua Kesalahan)

361

3)  Jumlah Nilai Kompaun Yang Dikenakan Dalam Operasi Ini  (Semua Kesalahan)

RM  17,300

4)  Jumlah Kompaun Yang Dikeluarkan Di Bawah Peraturan 8(1) – Larangan Penjualan Hasil Tembakau Kepada Orang Belum Dewasa

1

5)  Jumlah Nilai Kompaun Dikenakan  Di Bawah Peraturan 8(1)

RM 500.00

6)  Jumlah Kompaun Yang Dikeluarkan Di Bawah Peraturan 13(1) – Larangan Orang Belum Dewasa Merokok Atau Memiliki Hasil Tembakau

336

 

 

7)  Jumlah Nilai Kompaun Dikenakan Di Bawah Peraturan 13(1)

RM 16,800.00

8)  Jumlah Kompaun Yang Dikeluarkan Di Bawah Peraturan 14(1) – Gagal Mempamerkan Tanda Larangan Jualan Hasil Tembakau Kepada Orang Di Bawah Umur 18 Tahun / Tidak Mematuhi Spesifikasi

24

9)  Jumlah Nilai Kompaun Dikenakan Di Bawah Peraturan 14(1)

RM 12,000.00

Ditambah pada 08-05-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran

  • {{field_96_337}}