MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Pencapaian Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 Januari Hingga April 2011
Penerangan

JATA.gif 

 

KENYATAAN AKHBAR

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

 

Pencapaian Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004

Januari Hingga April 2011

 

Bagi tujuan melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok disamping membendung tabiat merokok yang merosakkan kesihatan dan merugikan ekonomi perokok serta bagi menangani masalah promosi jualan rokok, khususnya rokok yang dijual dengan harga di bawah daripada Harga Minimum Rokok, Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa meneruskan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004. Sepanjang empat (4) bulan pertama tahun 2011, Kementerian Kesihatan telah melancarkan 2158 kali operasi PPKHT di seluruh Negara dan ini termasuk 4 siri operasi bertema yang mensasarkan isu-isu pelanggaran PPKHT yang khusus seperti Operasi Larangan Merokok Oleh Orang Belum Dewasa; Operasi Larangan Penjualan Rokok Di Bawah Harga Minimum Rokok I dan II dan Operasi Larangan Merokok Di Dalam Kenderaan Awam yang telah dilancarkan secara serentak di seluruh Negara.

 

Dari bulan Januari sehingga April tahun ini, sebanyak 25,498 buah premis atau tempat telah diperiksa semasa operasi-operasi PPKHT di seluruh Negara dan sejumlah 8865 Notis Kesalahan telah dikeluarkan terhadap pelbagai kesalahan yang ditemui. Daripada jumlah itu, sebanyak 4475 kompaun telah dikeluarkan terhadap pelbagai kesalahan yang melanggar peruntukan PPKHT, dengan jumlah nilai kompaun ditawarkan sebanyak RM 999,125.00.

 

Di antara kompaun yang dikeluarkan tersebut, 2527 kompaun dikeluarkan kepada mereka yang didapati merokok di tempat-tempat yang dilarang merokok seperti di premis Kerajaan, di dalam kenderaan awam atau hentian kenderaan awam, di dalam kompleks membeli belah dan lain-lain tempat yang dilarang merokok; 1198 kompaun dikeluarkan kepada orang belum dewasa yang didapati merokok atau memiliki hasil tembakau; 331 kompaun dikeluarkan kepada pemilik premis atau peniaga yang gagal mempamerkan tanda larangan merokok atau tanda larangan jualan hasil tembakau kepada orang di bawah umur 18 tahun atau Notis Harga Minimum Rokok; di samping 187 kompaun telah dikeluarkan kepada para peniaga yang menjual rokok dengan harga di bawah Harga Minimum Rokok, manakala 201 orang peniaga telah dikompaun kerana menjual rokok secara sebatang-sebatang iaitu melalui paket rokok yang telah dibuka. Jumlah nilai kompaun yang telah dikutip setakat 4 bulan pertama tahun ini adalah sebanyak RM 756,998.00

 

Bagi lain-lain kesalahan yang dikeluarkan Notis Kesalahan atau kompaun yang tidak dijelaskan, sebanyak 1635 kes telah dihadapkan ke mahkamah dan sehingga kini, sebanyak 227 kes telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah dengan jumlah nilai denda mahkamah sebanyak RM 61,580.00.

 

Sehingga 4 bulan pertama tahun ini juga, seramai 1066 orang peniaga telah didapati bersalah kerana menjual rokok dengan harga di bawah Harga Minimum Rokok yang telah ditetapkan oleh Kerajaan iaitu RM 7.00 bagi paket rokok 20 batang. Selain daripada dikenakan kompaun, khususnya bagi peniaga yang didapati menjual rokok tidak sah, produk rokok mereka yang terlibat juga telah dilak dan dirampas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di mana sebanyak 4761 paket rokok telah dirampas dengan jumlah nilai pasaran sebanyak RM 28,469.40.

 

Merokok boleh menyebabkan Penyakit Paru-Paru Obstruktif Kronik, Penyakit Jantung, Kanser Paru-Paru serta pelbagai jenis penyakit kanser dan penyakit kronik yang lain. Kementerian Kesihatan Malaysia bertekad akan meneruskan operasi penguatkuasaan PPKHT bagi melindungi orang ramai daripada bahaya rokok, membendung tabiat merokok khususnya di kalangan remaja dan orang belum dewasa serta meningkatkan kesedaran orang ramai tentang peruntukan undang-undang di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Kepada sesiapa yang ingin berhenti merokok, mereka bolehlah mendapatkan perkhidmatan berhenti merokok di klinik-klinik kesihatan atau hospital Kerajaan yang berdekatan atau menghubungi No. Infoline 03-8883-4400 untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. Sempena pelancaran Kempen Gaya Hidup Bebas Asap Rokok ini, saya menyeru kerjasama semua pihak agar kita bersama-sama berusaha ke arah masyarakat yang bebas asap rokok.

 

 

Sekian, terima kasih

 

(DATO’ SRI LIOW TIONG LAI)

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

 

        Mei 2011

Ditambah pada 01-06-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran

  • {{field_96_337}}