MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Operasi Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 Siri 7/2011 "Ops Basuh III" : Operasi Larangan Penjualan Rokok Di Bawah Harga Minimum Rokok Dan Penjualan Rokok Tanpa Amaran Kesihatan Bergambar
Penerangan

 JATA.gif 

 

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

 

Operasi Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 Siri 7/2011 ’Ops Basuh III’ : Operasi Larangan Penjualan Rokok Di Bawah Harga Minimum Rokok Dan Penjualan Rokok Tanpa Amaran Kesihatan Bergambar

 

 

Berikutan aduan penjualan rokok di bawah Harga Minimum Rokok yang berleluasa kebelakangan ini, Kementerian Kesihatan Malaysia pada 26 Julai 2011 telah melancarkan operasi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 di seluruh Negara yang bertemakan ’Ops Basuh III’ bagi kali ketiga tahun 2011. Operasi ini memberi fokus kepada larangan penjualan rokok di bawah Harga Minimum Rokok dan larangan penjualan rokok tanpa cetakan Amaran Kesihatan Bergambar. Operasi ini ditujukan kepada peniaga yang menjual rokok di bawah Harga Minimum Rokok yang ditetapkan oleh Kerajaan iaitu RM 7.00 sepaket dan penjualan rokok tidak sah.

 

Daripada 2,214 buah premis yang telah diperiksa dalam operasi ini, sejumlah 179 kesalahan telah dikesan di atas kesalahan Harga Minimum Rokok dan penjualan Rokok Tidak Sah. Daripada jumlah tersebut, seramai 111 orang peniaga telah dikenakan kompaun minimum RM 500.00 setiap seorang di atas kesalahan menjual rokok dengan harga di bawah daripada Harga Minimum Rokok, manakala 68 orang peniaga yang selainnya telah diberi notis kesalahan kerana menjual rokok tidak sah. Kesemua rokok tidak sah tersebut didapati merupakan rokok yang tiada cetakan Amaran Kesihatan Bergambar. Peniaga-peniaga yang menjual rokok tidak sah tersebut akan didakwa di mahkamah dan sekiranya didapati bersalah, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun.



Operasi kali ini berjaya mengenakan kompaun berjumlah RM 55,500.00 bagi kesalahan di bawah Harga Minimum Rokok. Disamping itu, sejumlah 4,190 paket rokok tidak sah dengan nilai pasaran sebanyak RM 14,665.00 telah juga dirampas di dalam operasi ini.

 

Dalam tiga siri operasi ’Ops Basuh’ yang telah dilaksanakan sepanjang tahun ini, Kementerian Kesihatan telah mengenakan tindakan kompaun terhadap 353 orang peniaga kerana didapati menjual rokok di bawah Harga Minimum Rokok yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jumlah nilai kompaun minimum yang telah dikenakan di atas kesalahan tersebut telah mencecah RM 176,500.00. Disamping itu, seramai 116 orang peniaga juga didakwa di mahkamah kerana menjual Rokok Tidak Sah. Jumlah paket rokok yang telah dirampas adalah sebanyak 10,549 paket dengan nilai pasaran sebanyak RM 36,890.20. Pecahan hasil operasi bagi ketiga-tiga siri operasi ’Ops Basuh’ tersebut adalah seperti di Lampiran 1.

 

Kementerian Kesihatan Malaysia bertekad akan mengambil tindakan yang tegas terhadap penjualan rokok di bawah Harga Minimum Rokok dengan mengenakan kompaun minimum RM 500.00 terhadap peniaga yang melakukan kesalahan ini bagi kali pertama. Kompaun yang berganda akan dikenakan terhadap peniaga yang melakukan kesalahan ini secara berulang di mana bagi kesalahan kali kedua akan dikenakan kompaun sebanyak RM 1,000; bagi kesalahan kali ketiga sebanyak RM 2,000.00 dan seterusnya sehingga kompaun maksima RM 5,000.00. Oleh yang demikian, para peniaga adalah dinasihat agar sentiasa mematuhi peruntukan undang-undang agar tidak menjual rokok di bawah Harga Minimum Rokok atau menjual Rokok Tidak Sah. Dalam hal ini juga, Kementerian Kesihatan telah pun menghantar surat peringatan kepada para peniaga agar mematuhi peruntukan Harga Minimum Rokok dan kepada para pengilang rokok mengenai tanggung jawap mereka untuk memantau harga jualan produk rokok mereka dan memastikan para peniaga yang bertindak sebagai agen mereka untuk mematuhi peruntukan undang-undang.

 

Kementerian Kesihatan Malaysia akan meneruskan operasi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau peringkat kebangsaan secara bertema ini dari masa ke semasa bagi membendung penjualan rokok di bawah Harga Minimum Rokok dan penjualan Rokok Tidak Sah. Ini adalah bertujuan bagi melindungi rakyat agar tidak tertarik untuk memula dan meneruskan tabiat buruk merokok yang merugikan serta merosakkan kesihatan. Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau juga bertujuan meningkatkan kesedaran para peniaga dan orang awam tentang peruntukan–peruntukan undang-undang di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.



Orang ramai juga diseru agar memberi kerjasama membenteras gejala penjualan rokok di bawah harga minimum dan rokok tidak sah (rokok tanpa Amaran Kesihatan Bergambar) dengan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran. Orang ramai juga boleh membuat laporan dengan menghubungi talian Infoline KKM 03-88834400.

 

Sekian, terima kasih

 

(DATO’ DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN)

Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia

2 Ogos 2011

 

Lampiran 1

 

 

HASIL OPERASI PENGUATKUASAAN PPKHT 2004 BAGI 3 SIRI ’OPS BASUH’ : OPERASI LARANGAN PENJUALAN ROKOK DI BAWAH HARGA MINIMUM ROKOK DAN JUALAN ROKOK TANPA AMARAN KESIHATAN BERGAMBAR (ROKOK TIDAK SAH) KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

PERKARA
’OPS BASUH’ , KKM
JUMLAH
I (5/1/11) II (22/2/11) III (26/7/11)

Jumlah Tempat / Premis Yang Diperiksa


2,830 2,927 2,214 7,971

Jumlah Notis Kesalahan Yang Dikeluarkan (Kesalahan Peraturan 8D dan 15(1))


334 283 179 796

Jumlah Kompaun Yang Dikeluarkan Di Bawah Peraturan 8D – Menjual rokok dengan harga di bawah daripada Harga Minimum Rokok


140 102 111 353

Jumlah Nilai Kompaun Dikenakan Di Bawah Peraturan 8D – Menjual rokok dengan harga di bawah daripada Harga Minimum Rokok


 

RM70,000.00

 

RM51,000.00

 

RM55,500.00

 

RM176,500.00

Jumlah Notis Kesalahan Yang Dikeluarkan Di Bawah Peraturan 15(1) – Menjual paket rokok tanpa cetakan Amaran Kesihatan Bergambar (Rokok Tidak Sah)


22 26 68 116

Jumlah Bilangan Paket Rokok Dirampas Di Dalam Operasi Ini


3,027 3,332 4,190 10,549

Jumlah Nilai Pasaran Rokok Tidak Sah Yang Dirampas Di Dalam Operasi Ini


 

RM11,445.40

 

RM10,779.80

 

RM14,665.00

 

RM36,890.20

Ditambah pada 08-08-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran

  • {{field_96_337}}