MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk "Ops Raya" - Tiga Ratus Dua Puluh Enam Orang Dikompaun Kerana Merokok Di Kompleks Membeli Belah Semasa Operasi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 Kementerian Kesihatan Malaysia
Penerangan
 JATA.gif

 


Kementerian  Kesihatan Malaysia,
Aras 12, Blok E7, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya

Tel       :603-8883 2545
Faks    :603-8889 5542

 

 

 

 

 

 

 

 

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA


’Ops Raya’ - Tiga Ratus Dua Puluh Enam Orang Dikompaun Kerana Merokok Di Kompleks Membeli Belah Semasa Operasi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 Kementerian Kesihatan Malaysia

 

 

Semenjak tahun 2004, Bangunan Kompleks Membeli Belah yang merupakan tempat tumpuan orang ramai terutamanya golongan orang wanita, kanak-kanak, orang belum dewasa, di samping orang yang tidak merokok, telah pun diwartakan sebagai Tempat Larangan Merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Kementerian Kesihatan sering kali menerima aduan mengenai perokok yang merokok di kompleks membeli belah dan memandang serius terhadap sikap para perokok yang tidak mengendahkan peraturan ini serta melanggar peraturan larangan merokok di tempat-tempat larangan merokok.

 

Bagi tujuan melindungi orang ramai daripada pendedahan kepada bahaya asap rokok basi (Second Hand Smoke) di tempat-tempat awam khasnya kawasan tumpuan orang ramai dan memandangkan kompleks membeli belah menjadi tumpuan orang ramai menjelang sambutan hari Raya Aidilfitri, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan operasi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau bagi menguatkuasakan peraturan larangan merokok di kawasan pusat-pusat membeli belah di seluruh Negara pada 18 hingga 21 Ogos 2011. 

 

Operasi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau yang bertema ’Ops Raya’ ini mensasarkan tindakan penguatkuasaan peraturan larangan merokok di mana-mana kawasan di dalam suatu pusat membeli belah atau kompleks membeli belah.


Sebanyak 390 buah pusat membeli belah di seluruh Negara yang merangkumi kompleks membeli belah berhawa dingin dan tidak berhawa dingin serta pasaraya telah diperiksa (Lampiran 1). Dalam tempoh 3 hari perlaksanaan operasi ini, seramai 326 orang telah diberi notis kesalahan kerana merokok di dalam kawasan kompleks membeli belah. Daripada jumlah orang yang dikenakan kompaun tersebut, 303 orang merupakan orang dewasa dan 23 orang adalah orang belum dewasa. Nilai kompaun yang dikeluarkan dalam operasi ini berjumlah RM76,900.00.

 

Mana-mana orang yang tidak menjelaskan kompaun yang ditawarkan dalam tempoh yang diberi akan didakwa di mahkamah dan sekiranya disabitkan dengan kesalahan ini oleh mahkamah, mereka boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun. Kementerian kesihatan ingin mengingatkan para perokok supaya mematuhi peraturan larang merokok dan tidak merokok di tempat-tempat yang dilarang.

 

Tabiat merokok terbukti membahayakan kesihatan dan merugikan ekonomi orang yang ketagih dengan tabiat merokok. Kementerian Kesihatan ingin menasihati para perokok agar berhenti merokok dan mendapatkan perkhidmatan berhenti merokok di mana-mana klinik kesihatan atau hospital Kerajaan yang berdekatan. Kementerian Kesihatan ingin juga memberi nasihat kepada orang ramai dan para remaja supaya tidak memulakan tabiat merokok yang merugikan ini. Para ibu bapa juga diingatkan agar mengawasi anak-anak mereka supaya tidak memulakan tabiat buruk merokok.

 

 

Sekian, terima kasih

Dato’ Dr Hasan Bin Abdul Rahman

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

6  September 2011

 

Lampiran 1

 

 

Bil

Negeri

Bil Kompleks Membeli Belah Diperiksa

Bil Perokok Dikompaun

1.

 

Perlis

12

1

2.

 

Kedah

27

21

3.

 

Pulau Pinang

15

114

4.

 

Perak

35

15

5.

 

Selangor

9

22

6.

 

WP Kuala Lumpur

2

30

7.

 

Negeri Sembilan

21

16

8.

 

Melaka

10

4

9.

 

Johor

53

35

10.

 

Pahang

22

22

11.

 

Terengganu

33

16

12.

 

Kelantan

53

13

13.

 

Sabah

58

4

14.

 

Sarawak

37

9

15.

 

Labuan

3

4

 

 

JUMLAH

 

390

326

 


Ditambah pada 11-09-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran

  • {{field_96_337}}