Tajuk Vape
Akhbar Harian Metro
Tarikh Siaran 21-12-2015
Kategori Aduan Akhbar
Dikeluarkan Oleh
Maklum Balas Keratan 1. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan ribuan terimakasih diatas pandangan penulis dan dalam usaha menjadikan kawasan larangan merokok juga sebagai kawasan larangan menghisap rokok elektronik bagi mengawalselia aktiviti menghisap rokok elektronik. Keratan 2 Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menghargai pandangan dari penulis bahawa penggunaan perisa nikotin berlebihan sangat-sangat membahayakan kesihatan. Pihak KKM juga ingin menjelaskan bahawa walaupun tidak dicampurkan dengan perisa nikotin didalam cecair rokok elektronik, kandungan asas cecair tersebut yang merupakan Propyline Glycol (PG) atau Vegetable Gliserin tetap merbahaya kerana bahan-bahan ini akan membebaskan fomaldehyde, iaitu sejenis bahan karsinogenik yang membahayakan kesihatan. Bagi memastikan keselamatan dan kesihatan masyarakat yang bukan pengguna rokok elektronik, pihak KKM akan menjalankan kawalselia keatas penggunaan rokok elektronik ini atas kepentingan kesihatan awam.