Tajuk ADUAN AKHBAR KOSMO-HARGA MAKANAN DAN MINUMAN DI PUSAT RAWATAN HARIAN HTAR
Akhbar Kosmo
Tarikh Siaran 02-01-2016
Kategori Aduan Akhbar
Dikeluarkan Oleh Dr Ding Lay Ming (Pengarah Hospital Tengku Ampuan Rahimah)
Maklum Balas Harga jualan makanan serta minuman yang dikenakan hendaklah berdasarkan kepada harga yang telah dipersetujui. Pihak pengusaha kafetaria juga perlu mempamerkan tanda harga dengan jelas di tempat strategik dan mudah dilihat oleh pelanggan. Sebarang kenaikan harga makanan dan minuman adalah tidak dibenarkan melainkan setelah mendapat kelulusan secara bertulis daripada pihak berwajib. Pihak hospital akan memantapkan lagi aktiviti-aktiviti pemantauan berkala sedia ada dengan menjalankan pemeriksaan harga jualan secara berterusan bagi memastikan caj makanan dan minuman yang dikenakan kepada pelanggan adalah wajar