Selamat Datang Ke Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
     FAQSoalan Lazimhubungikami Hubungi Kamiaduan Aduan & Maklum Balaspetalaman Peta Laman
     
Bahasa Melayu | English | Lain-Lain Bahasa  
header_new__logo
Print
Tajuk BURUH ASING HUNI PUSAT KUSTA
Akhbar Berita Harian
Tarikh Siaran 11-01-2016
Kategori Aduan Akhbar
Dikeluarkan Oleh DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH (Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia)
Maklum Balas Pihak Kementerian mengambil maklum isu pencerobohan Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) oleh buruh asing sejak sekian lama. PKKN telah pun mengutarakan isu-isu ini kepada pihak yang berwajib. Sebagai usaha bagi menangani isu ini, pihak PKKN telah pun mengambil langkah untuk memotong bekalan elektrik dan air ke chalet / kediaman bekas pesakit kusta yang dikosongkan, namun begitu penyambungan secara haram telah dilakukan sendiri oleh warga asing. Selain itu juga, operasi penguatkuasaan telah dilaksanakan dari masa ke semasa oleh pihak berwajib. Seperti yang sedia maklum, kawasan keseluruhan PKKN adalah seluas 227 hektar dan dengan keluasan yang sebegini pengawasan dan penguatkuasaan adalah sangat kompleks. Bagi mengelakkan pencerobohan, tanah-tanah kosong ini perlu dibangunkan dan sehingga kini beberapa tapak telah pun dibangunkan untuk pembinaan Hospital Sungai Buloh (Baru), Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Fakulti Perubatan UiTM, Fakulti Pergigian UiTM serta Kompleks Kuarters Integrasi. Di samping itu, pihak Kementerian juga telah mengenalpasti tapak untuk perancangan projek pada masa depan iaitu sebuah tempat Letak Kereta Bertingkat, Makmal Penyakit Berjangkit serta tambahan Kompleks Kuarters Integrasi. Dengan adanya projek-projek ini, tanah di PKKN akan digunapakai dan dibangunkan untuk kepentingan pihak Kementerian dan dapat mengurangkan pencerobohan oleh pendatang asing. Pada masa ini, kerjasama pihak berwajib amat diperlukan untuk membuat rondaan dan penguatkuasaan dari masa ke semasa. Sekian dan terima kasih.