Print
Tajuk Pesara Tentera Terkilan HTA Enggan Rawat Anak
Akhbar Utusan Malaysia
Tarikh Siaran 10-01-2016
Kategori Aduan Akhbar
Dikeluarkan Oleh DATO'DR HJ AHMAD RAZIN BIN DATO'HJ AHMAD MAHIR (PENGARAH KESIHATAN NEGERI KELANTAN)
Maklum Balas Di dalam laporan akhbar tersebut, En Ghazali Abdullah mendakwa bahawa pihak Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh enggan memberikan rawatan kepada anaknya kerana tidak mempunyai peralatan yang mencukupi. Ekoran daripada laporan akhbar tersebut, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan telah mengadakan siasatan untuk menyiasat dakwaan tersebut. Susulan daripada siasatan tersebut, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan telah menasihati pihak pengurusan Hospital Tengku Anis supaya melaksanakan pemeriksaan stok peralatan consumable dan ubat-ubatan secara berkala bagi memastikan bekalan mencukupi untuk menampung keperluan pesakit terutama pada hari minggu dan kelepasan am. Pihak jabatan kesal dengan insiden yang berlaku dan memohon maaf diatas kesulitan yang dihadapi oleh pesakit.