Selamat Datang Ke Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
     FAQSoalan Lazimhubungikami Hubungi Kamiaduan Aduan & Maklum Balaspetalaman Peta Laman
     
Bahasa Melayu | English | Lain-Lain Bahasa  
header_new__logo
Print
Tajuk THE STAR - 18 JANUARI 2016 - URGENT NEED TO SPEED UP
Akhbar The Star
Tarikh Siaran 18-01-2016
Kategori Aduan Akhbar
Dikeluarkan Oleh NIK.AZMI
Maklum Balas Pihak Jemaah Menteri telah mengambil keputusan untuk tidak mengharamkan penggunaan dan penjualan rokok elektronik dan vape di Malaysia dan telah mengarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan menjalankan kawalselia keatas penjualan dan penggunaan rokok elekronik dan vape di Malaysia. Pihak kementerian Kesihatan telah mengambil tindakan dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menjalankan kawalseliaan keatas penjualan dan penggunaan rokok elektronik dan vape di Malaysia. Proses ini memakan masa kerana kawalseliaan keatas rokok elektronik dan vape memerlukan tindakan berbagai peringkat, diantaranya; 1. Larangan penggunaan rokok elektronik dan vape di kawasan larangan merokok telah di buat melalui pindaan Peraturan-Peraturan kawalan Hasil Tembakau berkuatkuasa 1 Januari 2016 dimana pindaan telah mendapat persetujuan Menteri Kesihatan dan telah siap di wartakan. 2. Beberapa agensi yang turut sama terlibat dalam menjalankan kawalseliaan ini. Diantara agensi lain yang terlibat dengan kawalseliaan ini adalah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Kewangan (MOF), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KASTAM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Jabatan Standard Malaysia, SIRIM, SIRIM QAS dan Jabatan Kimia Malaysia. Setiap agensi mempunyai pandangan dalam bidang masing-masing dan perlu diselaraskan bagi mendapatkan satu ketetapan yang sesuai untuk digunakan. Beberapa sessi perbincangan telah dijalankan dan kertas kabinet telah disediakan dan akan di cadangkan kepada Jemaah Menteri dalam tempoh terdekat 3. Selain daripada itu, pihak Kementerian Kesihatan juga turut meneliti kaedah negara-negara lain menjalankan kawalseliaan rokok elektronik dan vape sebagai panduan kepada kaedah kawalseliaan yang akan dijalankan di Malaysia kelak.