Selamat Datang Ke Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Bahasa Melayu | English | Lain-Lain Bahasa  
header_new__logo
Print
Tajuk Kulit Melecur Di Percayai Salah Ubat
Akhbar SINAR HARIAN
Tarikh Siaran 25-03-2014
Kategori ADUAN AKHBAR
Dikeluarkan Oleh DATO 'EISAH BINTI A.RAHMAN PENGARAH KANAN PERKHIDMATAN FARMASI
Maklum Balas Akhbar Sinar Harian bertarikh 9 Mac 2014 melaporkan bahawa seorang anggota askar wataniah yang berumur 26 tahun telah dibawa oleh rakan setugasnya ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban pada 1 Mac 2014 disebabkan badannya ditumbuhi bintik merah dan disyaki demam campak. Pesakit (anggota Wataniah ) ini diberikan ubat demam, vitamin dan ubat garam oleh doctor dari HTJ. Ibu pesakit mendakwa anaknya mendapat kesan advers melecur dan mengelupas sehingga menampakkan daging pada seluruh muka dan badan selepas dirawat dengan ubat yang salah untuk penyakit demam campaknya. Beliau telah membawa pesakit ke Hospital Tuanku Ja’afar semula dan membuat laporan polis apabila melihat keadaanya yang semakin lemah pada 3 Mac 2014. Semakan dengan pihak HTJ mendapati pesakit pernah dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar pada 18 Feb 2014 dan diagnosiskan mengalami sawan. Doktor di HTJ telah mempreskripsikan ubat Carbamazepine untuk rawatan sawan pesakit. Pada 3 Mac 2014, apabila pesakit dibawa masuk ke HTJ semula disebakan keadaan kulit melecurnya yang semakin teruk,doktor di HTJ telah mendiagnoskan pesakit mengalami Toxic Epidermal Necrolysis (TEN) yang disebakan oleh ubat Carbamazepine. Toxic Epidermal Necrolysis (TEN) ialah sejenis kesan advers pada kulit yang telah didokumentasikan dengan penggunaan ubat Carbamazepine. Mengikut pangkalan data Pusat Pemantauan kesan Advers Ubat , Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) Kementerian Kesihatan Malaysia, dari tahun 2000 hingga 2013, terdapat 34 laporan kesan advers diterima berkaitan kejadian Toxic Epidermal Necrolysis (TEN)dengan penggunaan ubat Carbamazepine. Maklumat mengenai kesan advers ini telah dimasukkan di dalam sisip bungkusan produk-produk yang mengandungi Carbamazepine. Kesan advers ubat boleh bermula daripada symptom yang ringan seperti ruam dan kegatalan. Jika kesan advers ini tidak dapat dikesan pada peringkat awal dan penggunaan ubat tersebut diteruskan,ia boleh berlarutan menjadi kesan advers yang teruk seperti TEN dan Steven Johnson Syndrome (SJS). Orang awam dinasihatkan untuk mendapat rawatan doktor dengan kadar segera apabila mengalami sebarang kesan sampingan ubat ruam dan kegatalan .Laporan Kesan advers juga boleh dibuat kepada Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK). Borang laporan boleh diperolehi melalui lawan sesawang http:// www.bpfk.gov.my. Dato ‘ Eisah Binti A.Rahman Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia 13 Mac 2014