Print
Tajuk Pemeriksaan Tahap Kebersihan di PLKN Sri Kandi Kota Kuala Muda
Akhbar METRO
Tarikh Siaran 30-04-2014
Kategori ADUAN AKHBAR (SMS)
Dikeluarkan Oleh (DR. UMATKALSOM BT HASHIM) Pegawai Kesihatan Daerah ,Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda
Maklum Balas Untuk makluman pengadu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa membuat pemantauan dan pemeriksaan secara berkala di semua PLKN termasuk PLKN Sri Kandi, Kota Kuala Muda. Pemeriksaan ini dibuat sebelum dan semasa bagi setiap sesi pengambilan pelatih PLKN. Pemeriksaan ini melibatkan penilaian kesihatan persekitaran yang merangkumi penilaian kawasan berisiko, persekitaran riadah dan aktiviti fizikal, bekalan air minum, pengawasan vektor, pemeriksaan dapur dan dewan makan, tempat penginapan, bilik air dan tandas, bilik kuliah, bilik rawatan/klinik dan pencegahan kebakaran. Untuk makluman pengadu juga, pemeriksaan tahap kebersihan dapur di PLKN Sri Kandi pada tahun ini, telah dijalankan sebanyak 4 kali iaitu pada sesi pertama (08/0L/2074,72/02/2OL4,771O3/2O74) dan sesi kedua (16/04/2OL4.ldan sekali lawatan teknikal oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kedah pada tarikh 28 Januari 2014. Hasil pemeriksaan PLKN Sri Kanditelah dimaklumkan kepada pihak pengurusan dan pengusaha kem tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan dan pengusaha untuk mengambil tindakan ke atas segala teguran yang telah dikeluarkan oleh pihak kesihatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak dingini dari berlaku termasuk keracunan makanan. Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda sangat mengalu-alukan segala aduan terus kepada jabatan ini jika terdapat individu atau kumpulan yang mendapati kesihatan persekitaran di PLKN tidak memuaskan. Pihak kami tidak terikat kepada jadual semasa sahaja dan akan menjalankan lawatan dan pemeriksaan susulan mengikut keperluan semasa.