Print
Tajuk Mohon Kakitangan Bukan Doktor di Klinik Pakar Hospital Sungai Siput Supaya Mesra Dengan Pelanggan dan Fokus Semasa Bertugas
Akhbar Berita Harian
Tarikh Siaran 12-06-2014
Kategori Aduan Akhbar
Dikeluarkan Oleh Pengarah Hospital, Hospital Sungai Siput,PERAK DARUL RIDZUAN
Maklum Balas Tuan, Akaun Terima Aduan Akhbar Bertarikh 12 Jun 2014-06-13 Mohon Kakitangan Bukan Doktor di Klinik Pakar Hospital Sungai Siput Supaya Mesra Dengan Pelanggan dan Fokus Semasa Bertugas Adalah saya merujuk kepada Aduan Akhbar tuan mengenai perkara diatas. 2. Terlebih dahulu pihak Hospital Sungai Siput mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan tuan membangkitkan perkara ini. Sememangnya pihak kami amat mengalu-alukan maklum balas daripada orang awam bagi meningkatkan kualiti Perkhidmatan kami. 3. Pihak Hosptal Sungai Siput telah menerima aduan tesebut namun terlalu umum untuk disiasat. Mohon sekiranya pihak pengadu dapat berurusan terus dengan Pihak Pengurusan Hospital Sungai Siput bagi penjelasan yang lebih terperinci supaya pihak kami dapat membuat siasatan di atas aduan tersebut. 4. Kerjasama dari pihak tuan amatlah kami hargai. Sekian,terima kasih DR.LIAW KOK TOON Pengarah Hospital Hospital Sungai Siput PERAK DARUL RIDZUAN