Print
Tajuk Dakwaan Ketidakpuasan Hati Terhadap Perawatan Isteri Semasa Bersalin Di Hospital (Mendiang Ma Yoke Leng)
Akhbar Nan Yang National News
Tarikh Siaran 20-05-2014
Kategori Aduan Akhbar
Dikeluarkan Oleh DR HJH ROOSHAIMI MERICAN BT A.RAHIM MERICAN
Maklum Balas Merujuk kepada aduan suami mendiang Ma Yoke Leng yang telah disiarkan di akhbar berbahasa cina,Nan Yang National News bertarikh 18 Mei 2014, Pihak pengurusan hospital mengucapkan terima kasih kepada pihak suami mendiang kerana telah sudi mengemukan aduan berkenaan. Terlebih dahulu, pihak pengurusan hospital merakamkan ucapan takziah diatas pemergian mendiang isteri pengadu.Untuk makluman pihak tuan, pihak hospital memandang serius berhubung aduan ini. Pihak pengurusan hospital akan menjalankan siasatan dan laporan siasatan akan dikemukan ke Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan selanjutnya . Kerjasama dan perhatian pihak tuan berhubung perkara diatas amatlah dihargai. Sekian,terima kasih