Print
Tajuk ADUAN AKHBAR NAM NAADU “JANGAN MEMPERMAINKAN NYAWA”
Akhbar Akhbar Nam Naadu
Tarikh Siaran 23-07-2014
Kategori Aduan Akhbar
Dikeluarkan Oleh DATO’ DR. ARDI BIN HAJI AWANG Pengarah, Hospital Serdang.
Maklum Balas Merujuk kepada aduan yang di buat oleh Devandran di dalam Akhbar Nam Naadu di muka surat 1 & 3 mengenai “Jangan Mempermainkan Nyawa”. Terlebih dahulu, pihak Hospital Serdang mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pengadu dalam mengetengahkan perkara ini untuk perhatian pengurusan Hospital Serdang. Adalah dimaklumkan bahawa Hospital Serdang telah memberikan perkhidmatan perawatan yang terbaik kepada pesakit sejak hasil pemeriksaan antenatal yang menunjukkan bayi tersebut berpotensi menghidapi penyakit buah pinggang. Jabatan Pediatrik, Hospital Serdang telah melakukan pemeriksaan dan merujuk pesakit ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi memastikan pesakit menerima rawatan yang terbaik bagi penyakit yang di hidapi sejak lahir ini. Semua laporan pemeriksaan yang di lakukan telah di berikan dan di terangkan melalui perbincangan kepada penjaga apabila hasil laporan telah di ketahui. Pihak hospital sama sekali tidak berniat untuk menahan atau melewatkan laporan pemeriksaan perubatan pesakit ini. Pesakit juga telah di berikan temujanji secara rutin bagi memastikan keadaan kesihatan pesakit dapat di pantau. Pada 21 Julai 2014, pesakit telah di periksa mengikut tarikh temujanji yang di berikan dan perbincangan di antara Pegawai Perubatan Pakar dan waris telah di lakukan bagi memastikan waris dapat memahami langkah yang sepatutnya di ambil demi kebaikan pesakit. Pihak kami amat menghargai segala maklumbalas yang diberikan serta mengharapkan kerjasama daripada semua pihak agar perawatan pesakit dapat diberikan sebaik yang mungkin dalam suasana yang lebih selesa. DATO’ DR. ARDI BIN HAJI AWANG Pengarah, Hospital Serdang.