Print
Tajuk Perkhidmatan di Wad Kecemasan Hospital Serdang Masih Mengecewakan
Akhbar Berita Harian
Tarikh Siaran 06-04-2015
Kategori Ruang Nasional
Dikeluarkan Oleh DR. HJH. ROHANA BINTI JOHAN Timbalan Pengarah Perubatan I Hospital Serdang
Maklum Balas Merujuk kepada aduan yang dibuat oleh pengadu EMYJEZZ:BHA37713 di dalam ruangan SMS bertarikh 06 April 2015 mengenai "Perkhidmatan di Wad Kecemasan Hospital Serdang Masih Mengecewakan", dipohon pihak pengadu memberikan butiran lanjut kejadian seperti masa dan tarikh bagi siasatan dilakukan oleh pihak hospital. Butiran tersebut hendaklah diserahkan kepada Unit Perhubungan Awam Hospital Serdang menerusi emel hsdg@moh.gov.my. Adalah menjadi hasrat Hospital Serdang untuk memastikan semua pihak yang datang berurusan di hospital menerima rawatan dan layanan sebaiknya. Pihak kami amat menghargai segala maklumbalas yang diberikan serta mengalu-alukan sebarang cadangan dalam usaha menambah balk mutu perkhidmatan untuk orang awam. Tamat